8 February 2013

selesaikan masalah tudung jarang

assalamualaikum...

aku antara penggemar tudung bawal. bagi aku tudung bawal sangat trend. walaupun aku pakai dari sekolah rendah sampai la sekarang, tudung bawal langsung tak ketinggalan zaman malah sekarang dah kuar pattern yang cantik-cantik. awesome! aku tak terasa jemu pon pakai tudung bawal.. ( yer sangat la tu tak jemu. tiap pagi kalau dah lambat nak pegi sekolah, asyik salahkan tudung sebab nak kena pin 2,3,4 tempat..haha )

problem tudung bawal ni satu jela..JARANG. walau besar gedabak camne pon, material dia adalah jarang. bahaya tau tudung jarang nih. sebabnya kita umpama macam tak bertudung la jugak. matlamat kita bertudung sebab nak tutup aurat, so kenala tutup betul-betul. mana boleh tutup sekerat-sekerat. takut nanti dekat padang masyar, kita duduk dikalangan orang yang tak tutup aurat. padahal masa kat dunia beriya habiskan duit sebab tudung. ratusan ringgit kita dah spare duit untuk tudung. tapi rupa-rupanya tudung yang kita pakai bukanlah kategori menutup aurat. rugi tak rugi? 

so, jomla kita selesaikan masalah tudung jarang nih..sila jangan buat halal-halal dengan hukum yer..ingat, peluang buat baik cuma ada diatas dunia. kalau dah mati nanti, dah tentu-tentu semuanya sudah terlambat. kalau tudung jarang, elok la pakai inner. harus inner itu melebihi paras leher ok..


ini contoh inner yang aku pakai.. tudung sebenarnya. dia jual sekali dengan awning. tapi dulu-dulu tak pandai pakai shawl lagi. so,awning dia aku dah rejam ke mana tah..tudung dia jer aku pakai wat inner. harga standart tudung la kan rm15. ala..nak pakai kat dalam, watpe beli mahal-mahal. janji boleh tutup leher.

boleh jugak kalau korang nak wat sendiri inner nih. beli kain cotton jerk. jahit tengah pastu layur dengan lilin bahagian tepi dia. lagi murah kalau buat inner sendiri. pastu kain cotton tak panas sangat kalau nak banding dengan inner yang aku pakai tuh. inner aku jenis kain lycra. tak yah cakap la bila dah berlapis-lapis nih. tapi aku ok jerk sebab aku malas nak buat inner sendiri. =P


dulu sebelum aku decided nak pakai inner, aku rasa takut gak nanti tudung aku tak jadi. mesti berserabut sebab pakai berlapis-lapis. tapi sebenarnya tak pon..gambar ni membuktikan walaupun pakai berlapis-lapis, masih boleh nampak kemas. ( kemas la sangat..=P ) 

cara pakai inner ni mudah jer. takkan nak kena wat tutorial plak..bukannya susah macam balut lepat pisang. agaga. ok..saja wat lawak tak jadi. 

1st, pakai scarf macam biasa. pastu sarung inner tapi pakai ke dalam sikit. then pakaila tudung uolls yang cantik kebabom tuh..view aku punya picture kat atas. kelihatan lapisan demi lapisan bukan? effect memakai inner..



kalau tak suka berlapis-lapis, pakai jerk inner ninja macam gambar dekat atas ni. inner ni lagi simple. takyah pakai scarf pon takpe sebab dia memang dah melekap dekat kepala. yang penting, bahagian leher selamat dari tatapan umum..^_^

pakailah inner pada semua jenis tudung yang jarang. tak kisah la bawal ke, selendang ke, yang penting bila korang nampak kain dia jarang, pakai jela..panas sikit takpe. janji selamat. tahap jarang pada tudung ni kadang-kadang sampai boleh memperlihatkan hiasan dalaman tau. macam rantai, getah rambut dan yang paling tak boleh tahan, tahi lalat kat leher pon boleh nampak..malu tak? huhu

kalau tak tahan nak pakai berlapis-lapis, tak payah pakai tudung jarang ok. insyaALLAH selamat dunia akhirat. banyak jenis tudung sekarang ni. pilihla mana-mana yang selamat dan selesa.

aku taknak kita jadi orang yang rugi. pakai tudung tapi tak tutup aurat. pakai tudung tapi menimbulkan fitnah. pakai tudung tapi takda imbalan pahala, malah bakal dihukum atas kesalahan yang kita sendiri buat tanpa sedar. hope sangat entry ni dapat membuka mata dan memberi manfaat pada semua. 


terima kasih buat yang sudi membaca <3


5 comments:

  1. wahhh :) hehe nak cari inner yg awk pakai tu. nama ape eh inner tuh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Flawless sakura ~ sebenarnya tu tudung syria. Byk kedai2 tudung yg ada jual. Kt pasar malam pon ada, insyaAllah..

      Delete
  2. ouhh. Terima kasih naqhiah :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...