Showing posts with label attention please. Show all posts
Showing posts with label attention please. Show all posts

4 May 2016

perginya seorang sahabat...

assalamualaikum...

9 April 2016 - aku sedang berbaring di depan TV. melayan panggung sabtu. sesekali tangan mencapai henset. cuba menyemak beberapa akaun sosial. masuk satu mesej dari Kak Eva ke dalam group.

Kak Eva hantar gambar Kak Nia yang sedang terbaring diatas katil hospital bersama caption, ' Salam adik2 dan akak2.. ni berita yg baru Kak Eva dpt dari adik Kak Nia yg bagitahu Kak Nia berada di hospital akibat pendarahan dalam perut.. Harap kita semua dpt berdoa semoga Kak Nia cepat sembuh dan kembali bertugas. '

aku terus terduduk. Allah! betul ke nih? terus bertubi-tubi soalan aku tanyakan pada Kak Eva. Kak Eva mintak semua bertenang. dia cakap insyaAllah takde apa-apa. tapi Kak Nia perlu dibedah. hati terus rasa tak sedap. kalau takde apa-apa kenapa perlu bedah? aku mintak izin pada Kak Eva untuk bagitau kawan-kawan dalam group sekolah, dengan harapan semakin ramai tahu, semakin ramai mendoakan Kak Nia. Kak Eva izinkan.

beberapa ketika, terimbau saat-saat seminggu sebelum Kak Nia balik kampung pada hujung minggu. aku perasan Kak Nia kerap pegang perut. jalan membongkok. bila aku tanya, dia jawab takde apa-apa. masa dalam bilik j-Qaf, tengah berborak sambil bergurau senda, Kak Nia mencelah. ' hang jangan buat lawak sangat Kiah. Kak tak boleh nak gelak. sakit. 'Allahu..

malam tu, Kak Eva call. Kak Eva cerita pasal sakit Kak Nia. Kak Eva kata Kak Nia sembelit. ada beberapa kali pegi klinik. katanya sembelit tu dah teruk. mungkin itulah puncanya. aku cuba positif. walaupon sudah acap kali air mata bercucuran. tak mampu nak membayangkan kesakitan yang Kak Nia tanggung.

esok pagi di sekolah, Kak Eva bagitahu yang Kak Nia dah selesai pembedahan. rupanya Kak Nia menjalani 2 pembedahan. pertama untuk buang air dalam perut. perut Kak Nia penuh dengan air. sebab tu pegi ke klinik doktor tak boleh detect. pembedahan kedua, buang ketumbuhan. ya, ketumbuhan. rupanya ada ketumbuhan dalam perut Kak Nia. dan dah pecah.. khabar tentang sakit Kak Nia sangat membimbangkan. aku seram sejuk untuk berbicara dengan semua orang. hati sentiasa berdebar-debar. mata mudah saja berkaca. sebab aku bimbang. bila cakap pasal ketumbuhan pecah, ramai yang menceritakan contoh-contoh yang menakutkan. aku takut. benar-benar takut.

Kak Eva selalu mintak supaya aku positif. insyaAllah, takde apa-apa. doa untuk Kak Nia tak putus-putus. berharap agar Kak Nia sembuh. itu saja yang aku mintak. khabar tentang keadaan Kak Nia kami terima dari adiknya, Kak Nabiha. selepas pembedahan, Kak Nia stabil cuma lemah. mendengar itu pon sudah cukup memujuk hati.

14 April 2016 - kami melawat Kak Nia di Hospital Tun Fatimah Muar. sebaik sahaja masuk ke dalam wad, melihat keadaan Kak Nia terus bercucuran air mata. demi Allah aku tak kuat. sebelum sampai aku dah niat dalam hati untuk bagi semangat pada Kak Nia. taknak menangis. tapi Allah jela yang tahu perasaan aku waktu tu. selama aku berkawan dengan Kak Nia, aku selalu nampak muka yang ceria dan gembira. tapi hari ni aku tengok Kak Nia yang sangat lemah, pucat dan tak bermaya. hati aku sakit. aku tak mampu nak tahan. Allah..

sebelum balik, aku salam Kak Nia. peluk dan cium dahi dia.

' Kiah.. maafkan akak yer. doakan akak. bagitau semua orang akak mintak maaf. '
kata-kata Kak Nia aku balas, ' ya kak.. saya pon mintak maaf jugak. saya sentiasa doakan akak supaya sembuh. Allah nak bagi akak pahala yang banyak sangat.. Allah nak bagi akak syurga ' terputus-putus ayat yang aku cuba sampaikan. aku sebak. aku tak mampu nak berlama-lama. genggaman tangan Kak Nia aku lepaskan..

esok harinya, housemate aku Kak Sharimah dan beberapa lagi orang rakan pegi melawat Kak Nia. pulang ja dari ziarah, Kak Sha bagitahu keadaan Kak Nia hari ni agak baik. dia nampak segar. boleh makan. sesekali bila dengar diaorang berborak, dia tersenyum. Alhamdulillah.. gembira dengar berita positif tentang Kak Nia.

17 April 2016 - aku bertanya khabar Kak Nia pada Kak Biha melalui whatsapp. Kak Biha balas,
' keadaan Kak Nia baik. besok keputusan pengesahan sakit Kak Nia akan keluar. mohon doa semua kawan-kawan dan cikgu-cikgu agar tiada apa-apa yang membimbangkan. '

Allah debarnya..

18 April 2016 - pagi-pagi lagi aku dah whatsapp Kak Biha untuk tahu keputusan sakit Kak Nia.

Kak Biha cuma balas, ' Kak Nia perlu jalani rawatan susulan kimoterapi. '
aku membalas, ' maknanya Kak Nia cancer ke? '

diam.

aku tak mahu memaksa. kita tak tahu dan tak faham keadaan dan situasi mereka. bagi masa. petang sedikit aku cuba lagi.

' Kak Biha, maaf saya ganggu. tapi boleh saya tahu Kak Nia cancer apa dan stage berapa? '
' cancer ovari tahap 3. ' ringkas jawapan Kak Biha. Allah...

positif. positif. positif. aku pasak dalam kepala dan hati. aku mahu Kak Dania kuat dan lawan. ramai yang beri kata semangat Kak Nia masih muda. dia boleh lawan. dia kuat. kita juga perlu kuat.

setiap hari, ingatan tak pernah putus pada Kak Nia. pernah sekali aku menangis di dalam kelas di depan murid. aku terlalu sebak. aku tak mampu nak menahan perasaan. dalam kelas tu, aku selalu nampak Kak Nia di belakang sedang tasmik budak. bila aku perlu bagitahu anak-anak yang Kak Nia sakit, aku sebak. aku menangis. maaf itu bukan sengaja.

perkembangan dari Kak Nia tak begitu memberangsangkan. dia ada balik ke rumah sekejap. tapi tak sampai 24 jam, dia perlu dimasukkan ke wad kerana kurang darah.

aku cuba memberi beberapa cadangan makanan, ayat-ayat al-quran yang boleh menyembuhkan cancer, contact number ustaz. semua pon atas cadangan orang sekeliling. itu demi sebuah usaha dan ikhtiar.

28 April 2016 - kami bercamping di Tanjung Leman. minggu lepas tak dapat ziarah Kak Nia sebab ada program sekolah ' search and destroy '. minggu ni kena camping pulak. tapi kepala tak putus ingat Kak Nia. kenangan ketika bercamping tahun lepas sentiasa diungkit.

aku ingat kalau Kak Nia dah sihat nanti aku nak cerita dekat dia. best camping kali ni kak.. tapi tak boleh mandi laut sebab ada obor-obor. pastu budak Danish tu kumpulan Kak Husna. kalau kak yang datang, Kak la jadi fasi dia. sama macam tahun lepas. mesti lagi pening kepala kak sebab kali ni dia bawak adik dia pulak. asyik bergaduh jer.. hmm

malam waktu aktiviti night walk, Kak Eva tanya. ' bila kita nak pegi tengok Kak Nia eh? '
' hari Khamis nak? ' aku tanya semula.
' tapi takut nanti GB tak lepas kita balik awal.. '
' Jumaat kita masuk kelas memanah. takut tak sempat pulak kak.. '
' kita pegi tengok Kak Nia petang la. lepas memanah. '
' tapi kelas tu pukul 3. '

terus Kak Eva tarik nafas. takde jawapan..

30 April 2016 - selesai jer majlis penutup, semua orang bebas.sambil tunggu bas datang, budak-budak sibuk selfie tepi pantai. cikgu pon sama. ada yang berselfie, ada yang berborak. aku duduk di atas tunggul kayu sambil mengadap laut. takde mood nak bergambar. rasa badan tiba-tiba macam lemau. macam ada rasa tak kena. bukak phone. baca mesej-mesej di Telegram.

ramai yang menziarah Kak Nia cuti nih. tapi semua perkhabaran dari diaorang tak menyedapkan hati.

' sedihnya tengok keadaan Dania. dia tak sedarkan diri. '
' sayu sangat hati tengok Dania. hanya air mata jer yang mengalir '

Kak Eva terus call Kak Biha. selesai ja dia cakap dengan Kak Biha, dia panggil aku. Kak Eva tarik nafas dalam-dalam.

' Kak Nia dah tak sedarkan diri. buah pinggang dan jantung lemah. kerap kali mulut menyebut Allah. '

badan menggigil. seram sejuk.. air mata mula bertakung.

' Kiah.. rasanya kita dah kena sedia dan redha dengan apa yang akan jadi lepas nih. '

diam. aku tak mampu balas. aku cuba kawal emosi. terbayang-bayang wajah Kak Nia. dalam hati, berdoa banyak agar Kak Nia mampu melalui waktu-waktu kritikal ni dan kembali sihat. moga ada keajaiban.

1 Mei 2016 - pukul 11 pagi kami bertolak dari JB ke Muar. aku dan kawan-kawan konvoi 2 kereta. nak menziarah Kak Nia. dalam perjalanan kami berborak pasal camping dan ada jugak beberapa cerita tentang Kak Nia. cuba nak menutup rasa bimbang.

ketika kereta semakin menghampiri Hospital, aku bukak phone. saja nak semak mesej. aku baca mesej dari Pn. Rosni di dalam group telegram sekolah.

' Dania dah tenat. Keluarga semua dah berkumpul. Doktor tak bagi tinggalkan dia. '

jantung berdegup kencang. betul ke nih? Kak Eva mula mendengus tak puas hati bila baca mesej tadi. mungkin jugak dia cuba menutup rasa risau..

sampai jer di Hospital, semua muka risau. Kak Eva tak pandang dah kiri kanan. lepas turun kereta, selajunya dia berjalan. aku seiring Kak Eva. aku tahu dia risau. sama macam aku. beberapa kali aku dengar Kak Eva menarik nafas. aku usap belakang Kak Eva. terus Kak Eva menangis. 

' Kiah.. Kak Nia Kiah.. ' air mata aku turut sama mengalir. tangan Kak Eva aku genggam.
' Sabar kak.. insyaAllah takde apa-apa.. ' kata-kata yang cuma penyedap hati. 

langkah terus diatur laju sambil tangan kami bergenggam erat. air mata tak henti-henti mengalir. masuk je dalam lif, kami kesat air mata. perlu kuat didepan Kak Nia.

kami bergerak menuju ke wad 12. langkah diatur laju. sampai dihujung, kelihatan ramai orang sedang berkumpul. kami mendekati. Allah! Kak Nia diatas katil kelihatan sangat lemah. tak sedarkan diri.mata Kak Nia ke atas. dada Kak Nia berombak. kiri kanan adik dan ayahnya sedang ajar mengucap. 

air mata terus mengalir laju. dada sesak dan sakit. hati aku bagi dihiris-hiris melihat keadaan Kak Nia. Kak Eva mendekati mak Kak Nia. bersalaman dan berpelukan. tangisan mengiringi pelukan yang agak kuat. aku merapati adik Kak Nia, Juni. Juni memeluk aku.. menangis dalam pelukan. kami sama-sama melepaskan segala rasa didalam tangisan. Allah.. sakitnya ya Allah.

aku mendekati mak Kak Nia pula..bersalaman dan berpelukan. tangisan pun berhamburan.
' doakan Dania ya Naqhiah.. doakan ' 
aku usap-usap badan mak Kak Nia, ' sentiasa makcik. semua orang sentiasa doakan Kak Nia. semua orang nak Kak Nia sembuh. semua sayang Kak Nia. '
' yaa.. Dania anak yang baik. ' mak Kak Nia membalas.
' baik makcik. baik sangat.. takde yang buruk pada Kak Nia. '

sepanjang hari berada di hospital melihat keadaan Kak Nia. al-fatihah dan bacaan yassin berulang kali dibaca. sesekali mendekati Kak Nia. pegang tangan dan kaki dia. kaki dia bengkak.

dalam pukul 4.30 petang, kami nak beransur pulang. insyaAllah besok kami nak datang lagi tengok Kak Nia. sebelum balik, aku menghampiri Kak Nia. pegang tangan Kak Nia dan berbisik di telinganya.

' Kak Nia ni saya Naqhiah.. Kak Nia, semua orang doakan akak. semua orang sayangkan akak. semua nak akak sembuh. Kak.. ingat Allah banyak-banyak. Allah nak bagi akak syurga. saya mintak maaf banyak-banyak kak.. saya selalu melawak dengan akak. saya sayang akak. saya rindu. '

aku bawak tangan Kak Nia ke bibir. aku cium tangan dia sepuas hati. aku lihat air mata Kak Nia mengalir. Kak Nia dengar apa yang aku cakap.

' saya balik dulu kak.. assalamualaikum. '

perjalanan dari Muar ke JB terasa pilu. terasa jauh sangat perjalanan. ditambah pula dengan kesesakan jalan raya. sampai dirumah dalam pukul 10 malam. badan letih yang amat. lepas mandi dan solat, aku berbaring diatas katil. penat memang penat. sebab letih balik dari camping tak habis, pastu banyak pulak menangis. pedih jugak mata. tapi tah kenapa terasa macam tak boleh tidur. aku capai henset dan membuka beberapa akaun sosial. saja menengok-nengok. tiba-tiba masuk mesej whatsapp dari Kak Nabiha.

' akak saya dah kembali ke rahmatullah. doakan dia ditempatkan dikalangan orang-orang beriman '

Allah!! aku terus terduduk. Kak Nia dah tak ada. Kak Nia betul-betul dah pergi tinggalkan kami.. aku mengurut dada. istighfar sebanyak mungkin. cuba menenangkan diri. berasa diri sedikit tenang, aku foward mesej ke group ' kita-kita aje ' dan group sekolah. bertubi-tubi mesej masuk. mengucap takziah..

telefon berdering. Kak Eva memanggil. aku mengangkat.

' Kiah.... kita baru jer jumpa dia Kiah. ' tangisan Kak Eva berhamburan. aku juga tak dapat menahan. buat seketika kami melepaskan tangisan. bila sedikit reda, aku mengatur bicara.

' kita dah janji nak redha kan? kita kena terima kak.. besok kita pegi tengok dia yaa.. ' Kak Eva mula tenang. 
' hmm.. besok kita pegi tengok dia. ' talian dimatikan. aku menyambung tangis. aku mintak Kak Eva tenang, tapi aku juga tak begitu kuat.

telefon berdering sekali lagi. Anis pula memanggil. bila talian diangkat, Anis cuma menangis. menangis dan terus menangis. aku cuma mendengar dan turut sama menangis.

' Anis.. sabar. kita kena redha. besok kita pegi tengok Kak Nia eh.. '
' hmmm.. ' kemudian Anis kembali menangis. aku dah tak kuat. aku mintak Anis tenang. aku putuskan talian.

aku turun ke bawah. ambil wuduk dan terus baca yassin buat Kak Nia. sepanjang malam, hanya wajah Kak Nia terbayang. mata tak bisa lelap sampai ke pagi.

2 Mei 2016 - sampai jer sekolah, aku taknak bercakap dengan sesiapa. aku tak kuat. aku lihat Kak Balyah memeluk Kak Eva di parkir kereta. erat.. aku berjalan terus ke bilik guru. aku lihat Kak Ina dimeja. masih aku tak mahu menegur. aku cuba mengumpul segala kekuatan untuk menerima hakikat.

aku turun ke dataran. pagi ni akan diadakan bacaan yassin buat Kak Nia. aku memilih kerusi paling hujung. jauh dari semua orang. Kak Rin mencapai microfon lantas terus membuat pengumuman.

' pagi ni kita akan buat bacaan yassin. untuk pengetahuan semua, Ustazah Dania telah kembali ke rahmatullah. ' ada nada sebak pada suara Kak Rin. kekuatan aku mula hilang. air mata mengalir deras. Kak Rin duduk sebelah aku. usap belakang aku. tangisan makin menjadi-jadi. Allahu.. sakitnya ya Allah. sakit.

yassin dibacakan dan diketuai oleh Ustaz Rizam. dikiri kanan, depan belakang, terdengar tangisan dari guru-guru. sungguh syahdu bacaan yassin pagi ini. selesai bacaan yassin, Puan Hajah Rokiah menghampiri aku dan Kak Eva. 

' akak nak peluk korang. ' terus Puan Hajah peluk kami berdua. erat. kami bertiga tenggelam dalam tangisan

 ' akak tak sempat nak peluk Nia. akak peluk korang sebab rindu pada dia. percayala.. Dania orang yang baik. Allah pasti akan sediakan tempat terbaik untuk dia. ' 

dalam pukul 8 pagi, kami bergerak menuju ke Muar. dalam pukul 10 pagi, sampailah kami diperkarangan rumah Kak Nia. rumah Kak Nia sebelah surau. jenazah sedang disembahyangkan waktu kami sampai.

kami cuma dapat lihat jenazah dimasukkan ke dalam van sahaja. tak dapat lihat wajah arwah. walaupun begitu, masih bersyukur sebab kami sempat melihat dari jauh.

sungguhpon sedih dengan pemergian Kak Nia, tapi setidaknya Kak Nia tak menanggung sakit yang lama. sebanyak mana pon sayang kami pada Kak Nia, Allah lebih sayangkan Kak Nia. kita semua milik Allah. sampai masa kami juga akan mengikut jejak langkah Kak Nia. janji Allah itu pasti. damai lah kau disana kakakku sayang.. tinggalkan segala penat lelah dunia dan semoga Allah menempatkanmu dikalangan orang-yang orang beriman.

terima kasih ya Allah kerana Kau pinjamkan Kak Nia kepada kami. walau sebentar cuma, aku sangat menghargai persahabatan ini. Kak Nia orang yang sangat baik, sabar, murah senyuman, banyak mengalah, menghiburkan.. Allah.. terlalu banyak kalau aku nak tulis kebaikan Kak Nia. yang penting aku mengharapkan tempat yang baik untuk Kak Nia. kenangan bersama Kak Nia akan terus terpahat di ingatan.. semoga kita dapat bertemu disana nanti Kak Nia.



Allahyarhamah Dania bt Khalid,

4 Mei 1983 - 1 Mei 2016

Al-Fatihah..





terima kasih buat yang sudi membaca <3




6 April 2015

drama kehidupan

assalamualaikum...

aku bila tengok drama, kemain sedap jer mulut aku mengomen. itu tak kena. ini tak kena. kalau part-part macam orang kaya hina orang miskin lagi la kan.. aku leh kata tu typical drama melayu. walhal bila kena dekat kehidupan sendiri, baru kau tahu bahawasanya drama tu adalah satu olahan daripada kehidupan sebenar. huhu. suka kau mengomen itu tak logik, ini tak logik.

sekarang berhadapan dengan dunia sebenar perlu lebih gagah. kengkadang terfikir, apa yang ada dalam hati orang yang suka judge orang bukan-bukan ni eh? hebat sangat ke dia sampai dia perlu fikir kita begitu begini? nak tuduh kita itu ini?

aku memang lahir dalam keluarga yang biasa-biasa. bukan orang yang ada-ada. apa saja kita nak, kita kena usaha dengan sendiri. bukan harap mak ayah jer yang bagi. sebab mak ayah aku kerja biasa-biasa jer. mak kerani. ayah posman. duduk kat KL / Selangor yang taraf hidup tinggi. anak pulak 5. kau rasa boleh nak mintak sesukahati macam tu jer? memang tak la kann..

dari kecik, aku dah set dekat kepala ' kita bukan orang kaya '. nak apa-apa memang kena usaha. ingat lagi masa darjah 6, punya nak join lawatan pegi Pulau Langkawi aku sanggup ikat perut sebab nak simpan duit belanja yang ayah bagi hari-hari. sehari seringgit. walaupon last sekali, memang mak ayah kasi gak duit tambang ngan duit belanja pegi Langkawi tu. tapi kat situ aku belajar. nak cari duit tak mudah.

walaupun bukan mudah nak cari duit, tapi tak pernah la terlintas dalam kepala ni nak menumpang harta orang lain. memang pedih gak hati bila orang cakap family kita begitu begini. nak sedap atas harta orang. nak menumpang kekayaan orang. eh eh? excuse me... sungguhpon kami ni miskin tak berharta, tak pernah terlintas nak ambik kesempatan dekat orang lain. kita pon ada rasa malu..

selama ni pon, kalau ada kawan-kawan belanja ker, bagi barang ker, buat baik ker, aku tak pernah terfikir yang aku perlu gunakan diaorang demi kesenangan aku. cuba kau belanja aku nasi ayam sebungkus pon, insyaAllah ada rezeki aku akan balas balik apa yang kau bagi dekat aku. tak mudah-mudah aku nak lupa kebaikan orang. 

adik-adik aku pon.. bukan jenis panjang tangan. nak apa-apa diaorang akan cakap. dulu masa kecik-kecik, kalau nampak duit 20 sen kat rumah pon diaorang akan col mak dekat ofis semata-mata nak mintak izin ambik duit tu. sungguh aku tak faham orang yang judge kami mata duitan,

terus terang aku cakap, aku suka dengan apa yang aku ada sekarang. tak pernah terfikir nak jadi kaya raya. rumah besar. kereta besar. nak jadi Datin. Datuk. Tan Sri bagai. bukan sebab aku takda target hidup yaa.. insyaAllah kalau ada rezeki semua tu syukur Alhamdulillah.. 

cuma buat masa sekarang, aku dah syukur sangat. ada pekerjaan tetap. boleh makan pakai. gaji yang sikit tu masih boleh bersedekah kepada yang memerlukan. boleh bagi mak ayah. boleh travel. boleh saving.

paling penting dalam hidup sebenarnya, kasih sayang yang tak putus-putus dari orang sekeliling. bila dia tengok kita takde rasa benci sebab dia kenal kita. dia tahu perangai kita. dia terus support kita. sebenarnya itula penguat semangat. dan aku syukur sebab aku dikelilingi dengan kasih sayang yang penuh dan utuh. baik dari keluarga mahupun kawan-kawan.

jadi, aku tak kisah pon kalau ada yang pandang aku dan family lekeh. nampak kecik dimata manusia yang rasa diri dia hebat. seriosly, suma tu tak effect pon kehidupan kami. kami berusaha atas titik peluh sendiri. jangan risau. takkan mintak sedekah ataupun mengemis pada orang. insyaAllah.. rezeki dibumi Allah maha luas. kami yakin dengan janji Allah...

" Barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya). " ( Surah At- Thalaq : 3 )


harta paling berharga... KASIH SAYANG.. 



terima kasih buat yang sudi membaca <3



15 March 2015

save Syria

assalamualaikum...

ini adalah sebuah entry ringkas. 

korang ada follow tak pasal Syria? macammana keadaan umat Islam di Syria sekarang? kalau kita tengok berita hari-hari, baca surat khabar, sebenarnya langsung takde cerita pasal Syria.. seolah-olah umat Islam di Syria tak perlu dibela. dunia membisu dan membeku. Syria terus dihambat dengan penderitaan dan terus dizalimi oleh Regim Bashar Al-Assad puak syiah laknatullah.

setiap hari 80 - 100 bom barrel dijatuhkan dan membunuh nyawa yang tak berdosa. kekejaman yang menghiris jiwa. sebagai manusia, aku tak sampai hati.. malah, mereka semua saudara kita. ya! saudara kita semua.


Syria bermandi DARAH! anak kecil menangis kehilangan ayah dan ibu. perit dan sedih cuma Allah yang tahu..

tidakkah kita sebagai saudara seIslam bertanggungjawab atas penderitaan mereka? 
atau kita lihat sahaja kezaliman yang dilakukan ke atas mereka tanpa perlu melakukan apa-apa?

andai kita terus membisu tanpa berbuat apa-apa, apa jawapan kita didepanNya di akhirat nanti? sedangkan bumi Syria adalah bumi yang dirahmati. 

kata Nabi SAW, " Aku melihat Malaikat menghamparkan sayap-sayap mereka di bumi Syam ( Syria ) "

Ayuh bangkit dan selamatkan Syria!

hulurkan bantuan / infaq / zakat untuk Dana Bantuan Kecemasan RescueSyria ( MAPIM ) tanda kita masih peduli kepada Ummah menerusi www.tabungsyria.com



terima kasih buat yang sudi membaca <3


20 January 2015

blog berwajah baru...

assalamualaikum..

tadi aku privatekan kejap blog nih sebab nak setting. sory kalau korang tekan link blog aku tetiba jadi private. pastu panik. pastu berteka-teki kenapa plak blog dia nih takleh bukak.. alooo.. cian. haha. 

disebabkan aku ni tak terer mana, jadi aku kena privatekan dulu blog supaya takdela korang datang-datang ke blog nih tengok keadaan kucar-kacir. header blog dah kemana. tetiba senget benget. pastu dengan gambar tunggang langgang. post lari dok kat tepi. kan haru tuuuu..

sebenarnya aku ubah sikit-sikit jer. kasi tukar header. tukar template. alaaa.. sikit-sikit jer. asal aku tukar. jemu jugakkan dah bertahun dinding blog kaler yang sama jer. sakit pulak mata aku. huhu

konsep masih sama.. simple sajoo.. aku tak suka blog yang sarat. asal boleh baca dan tak semak kepala, cukup. 

 header lama.. 2013 / 2014

header baru 2015


dah berwajah baru ni, semangat pon kena baru la. berharap sangat akan lebih rajin update blog. aku bukan orang baru dalam dunia blogging. adala nak masuk 3 tahun dah bukak blog nih. tapi macam korang tengok la kan, aku jenis yang tak kisah pon pasal followers ke apa.. aku takde nak pegi dekat blog orang pastu suh orang datang blog aku dan follow. LOL! sebab tu aku takde followers pon. pemalas nak promote blog sendiri. 

aku buat blog semua semata-mata sebab hobi. bukan sebab nak kejar follower dan bukan jugak sebab nak duit. 

aku buat blog....

' kerana hidup itu indah untuk dibiarkan sepi tanpa nota... '


ecewahhh.. tagline 2015 ala-ala jiwang gittuw! haha. tapi tagline takkan mengubah konsep penulisan aku yer. aku masih akan menulis secara sempoi jugak. kuasa plak aku nak berjiwang-jiwang.

apa-apa pon, terima kasih pada semua yang sudi datang bertandang ke blog ni dan baca semua hasil penulisan aku. aku mungkin tak ramai followers, tapi aku ramai silent readers. yang baca blog aku pastu bagi feedback. kata blog ni best la. owsem la. tuan punya blog cantik jelita la. eh? haha. k..tipu sangat. aku dah menambah-nambah.

so, teruskanlah membaca blog nih. sebab sekarang ni, aku boleh tengok dekat pageview, macam tiap-tiap hari ada orang datang baca. aww! terharu kite. dah terharu cenggini, barula semangat nak update blog. haha. ( sikap gedik tak boleh bla walaupon dah tua.. )

ok la.. teruskan membaca yer. kalau aku tak update pon, jemputla baca entry lama-lama. kita buat konsep ' mengintai dari tirai kenangan. ' LOL




terima kasih buat yang sudi membaca <3





10 October 2014

bergaya dengan Latteshawl

assalamualaikum...

aku dah lama dah janji dengan kawan aku nak buat entry nih.. tapi biasala, aku kan pemalas. kalau tak datang mood aku, jangan harap la aku nak update blog. ni kira rajin lani.. update blog 2 hari berturut-turut.. =P

baik.. hari ni aku nak promote dengan korang satu online shop yang jual shawl baek punyeeww! ( sambil buat thumbs up )

Latteshawl.. 

sebenarnya ni adalah perniagaan kawan baik aku.. aku memang respect dekat dia sebab sangat kreatif dan berwawasan. apa tak nya.. dah sibuk-sibuk dengan tugas cikgu, sempat lagi nak berbisnes. mana dengan nak buat kerja-kerja sekolah lagi. pastu sibuk pulak nak gunting kain, jahit shawl bagai.. menyahut seruan kerajaan gamaknya.. kena kerja rajin-rajin supaya tak perlu ikat perut. kuikuikui!

best tentang Latteshawl..

~  setiap shawl di design sendiri oleh admin dan sangat ekslusif. maksudnya, setiap design cuma sehelai jer. so, takde la nanti kita pegi Giant pastu nampak ' eh? tudung dia sama dengan aku!! ' * malu sambil tutup muka dengan tin biskut.

~  potongan yang labuh dan besar. kita semua mesti sayang dengan aurat kita kan? aurat kita maruah kita gittuw. shawl dari Latteshawl adalah sangat labuh dan mampu menutup segala bonjolan. hikhik

~  trendy.. bila kita pakai, kita terasa macam cantik jer, macam comel jer. 

~  murah dan berpatutan. walaupon shawl dari Latteshawl ni besar, tapi harga dia sangat murah. jadi berbaloi-baloi hokay!


haaa.. ini salah satu shawl yang sempat aku grab dari Latteshawl. cantik kan?? so, jangan tunggu lagi. cepat pegi like page Latteshawl, dan borong sekarang!




terima kasih buat yang sudi membaca <3


12 February 2014

cari shawl labuh yang awesome? meh sini!

assalamualaikum...

nak cari shawl labuh sekarang tak la susah mana. semua dihujung jari jer.. aku ingat lagi masa awal-awal dulu nak cari shawl yang labuh, sampai nak tercabut lutut aku pusing mall. tak jumpa-jumpa.. semuanya jual yang bidang kecik jer. menyampah! huhu

so, kali nih aku nak share dengan korang satu online shop yang jual shawl labuh tapi cantikkkk sangatttt * muka excited sampai mata bersinar *

Sister's Shawl

terjumpa online shop nih kat FB jer.. bila usya gambar-gambar shawl yang dijual, rasa macam sawan lapanplohnamkali. cantik sangat faham tak?? -,-'

halfmoon plain.. cantik kan??

 halfmoon dual tone

suka sangat design nih..cute macam lolipop..hehe


apa yang best tentang online shop nih??

sistem pembelian yang mudah. kita tak payah nak isi borang bagai. aku memang malas nak beli barang kalau kena isi-isi borang. memang mati selera aku nak shopping kalau kena isi borang. terus tak jadi beli. haha. daripada page nih senang, kita just usya mana-mana shawl yang berkenan ataupun in case korang minat nak beli menda lain ( akak nih ada jual barang lain jugak. tapi aku nak fokus pada shawl sahaja dekat entri nih ), just inbox ataupun komen dekat gambar. dengan pantas Kak Shaafiqah akan respon. kalau barang yang kita order ada stok, kita bank in duit mengikut total amount pastu nanti barang akan di pos kepada kita. senangkan??

service yang laju. service Kak Shaafiqah memang tip top.. dia respon order dengan kadar yang sangat cepat. pastu aku plak order halfmoon pre-order tau. anggaran dapat shawl pre-order tuh sepatutnya makan masa seminggu untuk siapkan. tapi, Kak Shaafiqah leh pos dekat aku tak sampai seminggu. amazing!

 shawl yang telah selamat sampai ke pangkuan..hikhokhikhok!

4 helai shawl aku rembat dari Kak Shaafiqah.. kan dah cakap tadi, aku memang sawan..haha

terus try hokay! pastu snap gambar sendiri depan cermin. * annoying! -,-' ( tapi ini adalah untuk tujuan promote. pasni tak buat dah k. janji? )

gambar bias sebab bilik aku memang banyak barang pink. langsir pink, tikar pink, cadar pink. gambar pon dah naik pink. haha

tapi seryes best sangat pakai shawl nih. rasa sejuk jer..pastu dia senang nak bentuk. muka aku yang bulat pon dah kurang ke'bulat'an bila pakai shawl nih. kan? kan? *please kata tak berapa nak bulattt..huhu

korang pon nak try jugak?? bolehhh..
dijemput ramai-ramai usya FB Kak Shaafiqah yer..


selamat bershopping uolls!



terima kasih buat yang sudi membaca <3



3 January 2014

selamat tahun baru : 2014!

assalamualaikum...


fuh! fuh! tiup habuk.. =P


dah 4 hari masuk tahun 2014, baru la ko timbul kan..hikhik. sajee.. update hari ni pon ok ape. tarikh cantik jugak. 4/1/14.. haa..kan? kan? ade ker yang kawin hari nih?? haha. tarikh cantik jer kawin. kawin jer tarikh cantik. sinonim sangatttt..

ok la..aku sebenarnya tak niat nak taip panjang-panjang. sebab aku banyak keja nak kena buat. al-maklum la..sekolah baru mula. keja dok beratuq elok jaa.. ni pon aku sekali lalu jer update sebab dah on laptop. sambil tunggu RPT siap di download, aku update la blog. gitu..


apa-apa pon aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru kepada korang semua yang sudi meluangkan masa membaca blog aku yang daif nih. harapannya semoga korang semua akan terus success dalam apa jua bidang yang korang ceburi. dan semoga mana-mana yang buruk dan mana-mana yang tak elok yang pernah kita buat pada tahun-tahun lepas, kita dapat buang dan perbaiki. 

mungkin ini adalah tahun terakhir buat kita..siapa tahu kan? so, dikesempatan yang Allah beri ni, lakukanlah dengan sebaik mungkin. berusaha mencari redha Allah, disamping letakkan target agar apa yang kita inginkan dapat dicapai pada tahun ini. insyaALLAH...


azam aku tahun nih : nak pegi Umrah...insyaALLAH



terima kasih buat yang sudi membaca <3


6 December 2013

derma untuk mangsa banjir

assalamualaikum...

aku memang dok cari saluran untuk menderma kepada bangsa banjir. tetiba adik aku dapat Whatsapp daripada kawan dia. so, elok la kita panjangkan benda nih. supaya kita sama-sama dapat membantu. bukannya orang lain..saudara-saudara kita jugak..



untuk yang mencari tempat nak hantar barang donation mangsa banjir :

SEKETERIAT ABIM BANGI ( 24 JAM )
no 15-a, jalan 1/4A, seksyen 1, 43650 bandar baru bangi.
0193653019 - DALILA
01121282023 - YASIR

YAYASAN SALAM MALAYSIA
no 22, jalan changgai 6/22, 46000 petaling jaya, selangor.
603-79584021

USJ 14 SUBANG JAYA 
0166479835 - IDHAM

SUNGAI BULUH 
0127110737 - CIK ZULI

AMPANG
01634111273 - PUAN VIMMI

DATARAN MERDEKA 
6 DEC 2013, JUMAAT, 2 - 10 PM
0138260950 - FATYHAH

DEWAN MERBAU MBSA SEK 17, SHAH ALAM
JUMAAT - AHAD ( 9 am - 5 pm )
0133743283 - HASLINA


JUST GIVE U SOME IDEA WHAT TO DONATE.


  • telekung solat
  • kain pelikat
  • sejadah
  • selimut
  • diaper - any size
  • sanitary pad
  • pakaian kanak-kanak or adult
  • sweaters
  • socks - new
  • berus gigi - new
  • ubat gigi
  • towel muka
  • tudung
  • kain ela - untuk buat tirai pisahkan setiap keluarga supaya ada sedikit privacy untuk kaum wanita dan ibu-ibu breasfeeding
  • penyapu lantai
  • mop lantai
  • pencuci lantai
  • sabun basuh
  • goodie bags yang ada berus gigi, ubat gigi sikat dan sabun.
  • air mineral



*** mereka memerlukan AIR UNTUK DIMINUM!!.. sekarang harapkan air tangki jer. bayangkan budak-budak kecik kena minum air tangki. so, moh ler kita membantu sehabis boleh. ***


MOHON PANJANGKAN PESANAN INI..


terima kasih buat yang sudi membaca <3


25 November 2013

susahnya nak update

assalamualaikum...

dua tiga hari nih mood tak berapa nak ok..kadang rasa macam nak marah. tapi tak tau nak marah apa. kadang rasa macam sedih, nak nangis. tapi tak tau kenapa kena sedih dan nangis. SAWAN! tah pape jer..diri sendiri pon aku takleh nak faham..jangan sikit hari lagi kena masuk wad kat Tanjung Rambutan sudah..nanti tumpang sedih untuk diri sendiri. tskk -,-'

dah la diri sendiri tak tentu hala..internet pulak buat perangai. saje jer nak menambahkan sakit hati aku. line lembab. pastu kadang-kadang sesuka hati jer disconnect tanpa keredhaan aku..haishhh..

so, ade dua entry yang terpaksa aku tangguhkan..

cerita pasal konvo itu hari..

menjejak Mr. Arrogant di Pulau Pinang..haha! ( bajet lawak )


dua-dua entry nih tersimpan dalam draf..takleh nak publish lagi sebab gambar tak habis upload. tunggu la bila line internet dah ok nanti baru aku publish. tu pon tak tau lah bilanyaa..sabor jela pakai wifi murahan nih..huks!


terima kasih buat yang sudi membaca <3

2 July 2013

hati-hati dengan kerangupannya

assalamualaikum...

beberapa hari lepas aku berborak dengan mak. lepas tu mak memberikan satu informasi yang aku kira berguna jugak untuk kita kita ni yang asyik mentedarah makanan kat luar tanpa mengambil kira sudut kebersihan. ( amboi ayattt.. )


aku suka beli goreng pisang kat luar. bukan goreng pisang jer. apa-apa cucur yang goreng dekat gerai tepi jalan tuh aku sental jer kalau teringin nak makan. sebab sedap..dengan rangupnya..kalau buat dekat rumah takdela jadi sangat rangup tuh. bila dah sejuk, tak rangup dah. tapi kalau yang jual dekat gerai, yang sejuk pon rangup lagi..mmm..persoalan pulak.


baik, ceritanya begini.. mak aku bagitau, kawan dia dah beberapa kali ternampak orang yang jual goreng pisang nih masukkan plastik dalam minyak waktu dia nak menggoreng. memula aku macam blurr..masukkan plastik?? 

' ya..diaorang masukkan plastik dalam minyak yang panas tu dulu. lepas tu baru dia goreng pisang ka apa. jadi, plastik yang dah cair dalam minyak tuh akan bersalut dekat pisang yang dia goreng. sebab tu rangup..'

oooo....no wonder la kan zaman sekarang ni banyak betul penyakit pelik-pelik jadi. peniaga sekarang banyak main kotor. tapi aku bukan la kata semua peniaga buat perkara macam tu. sesetengahnya..yang lebih memikirkan keuntungan. aku just berkongsi cerita ni supaya kita semua lebih berhati-hati. 

kalau nak beli makanan kat luar tu makesure dulu kebersihan dia. kalau dah nampak peniaga tu buat menda kotor, boikot jer..al-maklum paklum la kan, bulan ramadan pon dah nak dekat nih. memang kita nih susah nak elak dari bazar ramadan. jadi, penting bagi kita membuat pilihan yang bijak..


terima kasih buat yang sudi membaca <3


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...