assalamualaikum...
lama tak bersiaran. masuk ja 2024, banyak sangat kejutan terjadi. bermula dengan serangan jantung ayah, sehingga lah ayah meninggal pada bulan 3/2024. tak cukup itu, muncul 1 lagi kejutan pada 19/5/2024, ibu mertua kemalangan. dah la itu tarikh harijadi suami. memang sedih tak terkata la dia..
masa suami call daripada ofis bagitahu ibu kemalangan, aku ingat kemalangan biasa ja. jatuh motor macam tu jala. mungkin ada luka sikit di kaki atau tangan. tapi rupanya kemalangan serius. masa aku tanya keadaan dekat suami, dia kata tak tahu. tapi kemas ja barang-barang. kita balik Ipoh terus.
jadi, aku pon kemas la beg sambil doa takda yang serius. tapi lepas tu dapat call daripada ayah mertua pulak. dia bagitau ibu kemalangan. bila aku tanya keadaan ibu, ayah cakap ada pendarahan otak. Allahuakbar! terus seram.. tak boleh bayang apa yang nak jadi ni.. sampai ja suami dekat rumah, dah tak cakap banyak, terus ja kami masukkan barang-barang dalam kereta dan pecut ke Ipoh. memang menangis-nangis ya masing-masing. terbayang lagi malam tadi ibu buat video call dengan aku bagitau dia beli selipar baru dekat naura. ibu kata nanti dia pos supaya cepat sikit boleh pakai. tapi aku cakap tak payah. hujung minggu ni kan dah cuti sekolah. kami memang balik Ipoh. ibu pon senyum ja dengar.. rupanya kena balik awal sebelum cuti sekolah.
sampai ja dekat Hospital Ipoh, masa dekat parking nampak kereta ayah. signal tak tutup pon. mesti kelam kabut kacau bilau semua ada bila tau ibu kemalangan. kami panggil ayah untuk tutup lampu. sambil tu aku jenguk dalam kereta, nampak barang-barang yang ibu beli dekat pasaraya. gula, tembikai, sayur, ikan.. huhu.
dekat hospital, ada cik ida jiran ibu temankan ayah. dia kata " risau ayah kamu tak biasa sorang-sorang. masa cik ida nak bagitau ayah kamu tadi ibu excident pon, cik ida pegi rumah tapi ayah kamu dah takda. dah keluar. tapi pintu, lampu semua tak bertutup. jadi cik ida tolong tutupkan semua."
ibu masih dalam emergency wad waktu kami sampai. doktor cakap, ada pendarahan dalam kepala dan juga patah tulang rusuk.
oleh kerana ada pendarahan dalam kepala, ibu ditidurkan. ini untuk kurangkan risiko & tekanan dalam kepala ibu. waktu ni tak taula camna nak cakap perasaan tu. terlalu sakit. tapi Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kami. mungkin ni la salah satu bentuk sayangnya Allah pada kami. Dia uji kami melalui orang-orang yang kami sayang.
macammana kemalangan berlaku? kemalangan adalah antara motor dan motor. ibu pergi pasaraya. sorang-sorang ja. bukan dengan ayah. tapi macammana kejadian berlaku, Allahua'lam.. kami pon tak tahu.. takda saksi yang betul-betul nampak, takda rakaman camera dan ibu pon tak boleh ingat.
untuk 3 hari pertama ibu masuk wad, kami tinggal dekat homestay sebelah hospital. dalam kawasan masjid. sebab tak berani nak balik rumah, takut kalau doktor panggil nak jumpa ke apa jauh nak gerak ke hospital. sebab 2 hari pertama, ibu masih belum dapat masuk wad. wad penuh. duduk dekat emergency ja. jadi kami sentiasa dalam mood standby. mujur lah ada kosong 1 bilik untuk kami duduk..
jujur, hari pertama tu memang semua tak boleh tidur. hati sentiasa rasa risau. yassin & solat hajat la penguat semangat semoga Allah mudahkan segalanya untuk ibu..
hari kedua berkampung dekat hospital, naura demam. mungkin letih sangat dengan cuaca panas kan.. pastu kena nab sebab paru-paru ada bunyi. tapi Alhamdulillah esoknya naura dah start ok. anak mama strong!
hari ketiga alhamdulillah ibu dah masuk ke wad 6B. keadaan ibu masih belum sedar. badan ibu bengkak masa ni. seriau nak pegang takut sakit.. huhu.
hari wesak.. ramai saudara mara datang masa ni sebab cuti. masa ni ibu pon dah tunjuk perubahan positif. dah gerakkan tangan dan kepala. insyaAllah berkat doa semua ibu kuat.
hari tu jugak kami dah checkout daripada homestay. memandangkan ibu dah masuk wad & ada waktu melawat, kami masuk ikut waktu melawat. malam tu dah balik ke rumah ibu ayah dekat Tambun. oleh kerana esoknya aku nak balik Bukit Beruntung untuk masuk kerja, jadi aku tolong la selesaikan sikit-sikit urusan kemas rumah ibu. nak balik Bukit Beruntung mula-mulanya suami berat nak lepas sebab dia risau. dia pon macam tak kuat semangat nak hadap ujian tu. tapi aku mintak sungguh-sungguh sebab masa kami balik hari tu, rumah tak ready pon nak tinggal lama. pastu suami ada bela burung, burung-burung tu kami tinggal macam tu ja tak topup makanan dia. kalau langsung tak balik, sambung cuti sekolah seminggu, memang mati dah semua burung tu.
jadi suami pon redha jala.. dia pon takmau jugak seksa burung-burung tu. aku pon plan nak tinggal kunci, apa-apa senang nak minta tolong jiran sepanjang kami dekat ipoh.
aku balik Bukit Beruntung hari Khamis pagi, pastu masuk sekolah tengahhari. hari Jumaat aku minta tukar sesi pagi. jadi tengahhari lepas sekolah terus balik Ipoh. petang tu dah boleh melawat ibu semula. kiranya aku balik macam sehari ja.. tak lama pon..
hari ke 5 ibu dah dimasukkan ke wad HDU. wad ni untuk semua pesakit yang kecederaan bahagian otak dan perlu pemantauan rapi. masa hari aku melawat tu, Alhamdulillah ibu dah mula buka mata. walaupon sekejap ja tapi tetap satu perkembangan yang baik.
doktor pon cakap yang kepala ibu tak perlu dibedah sebab walaupon ada banyak darah beku dalam kepala, tapi semuanya kecil dan tekanan dalam kepala ibu pon dalam keadaan baik. dengar ja khabar tu daripada doktor memang syukur yang amat.. terima kasih Allah..
sekarang cuma perlu tengok tahap sedar ibu. kalau ibu lambat sedar, doktor akan tebuk lubang di leher. sebab wayar oksigen tu tak boleh guna lama. boleh menyebabkan jangkitan kuman.
sambung lah berdoa semoga Allah mudahkan semuanya, angkat segala kesakitan ibu & sembuh seperti sediakala.. aminnn..
hari-hari berkampung dekat hospital. tapi kami gilir-gilir naik sebab ada dak naura. naura tak lepas naik wad, jadi cara nak bagi dia tengok opah macamni lah. buat video call.. ibu bukak mata dah masa ni. dah boleh tengok naura. sebelum ni kami rekod suara naura bagi ibu dengar. sebab nak bagi ibu kuat semangat. tapi memang nampak ada perubahan bila ibu dengar suara naura. ibu punya badan macam respon bila dengar suara naura. cucu sorang kan.. kesayangan opah ni.. huhu
selipar yang ibu belikan dekat naura sebelum kemalangan. naura happy masa dapat pakai selipar ni. terima kasih ibu.. <3
hari ke10 berkampung dekat hospital. ingat lagi hari ni kami terlambat sikit, pastu parking semua penuh. pastu nak kejar waktu melawat pukul 12.30 masa tu. jadi aku suruh suami dengan ayah turun dulu. sebab dah pusing berkali-kali tak jumpa. biar diaorang ja naik wad. aku pegi cari parking. alhamdulillah aku jumpa 1 parking dekat masjid. lepas zohor ada kereta yang keluar. jadi kita pon masuk. pastu dah alang-alang kat situ ada meja, aku ajak ayah dgn suami datang makan tengahhari kat sini ja. lepas makan boleh terus solat dekat masjid. pukul 4.30 nanti pulak masuk hospital untuk waktu melawat kedua.
biasanya kami memang tapau makanan siap-siap sebab makanan dekat kafe hospital tu kureng.. tapi selalunya makan dekat kafe dia, pastu solat dekat surau hospital. tapi hari tu tak jumpa parking, gitulah.. pastu ingat lagi masa tengah menunggu ni, ayah call bagitahu ibu punya wayar oksigen dah buka. alhamdulillah.. ibu dah boleh bernafas sendiri tanpa bantuan mesin.. syukur tak payah tebuk leher..
setiap hari kami akan keluar daripada rumah pukul 11.30 pagi camtu. dah siap-siap tapau makanan, pastu tunggu la waktu melawat. bila habis waktu melawat, kami rehat dekat surau hospital ataupun masjid. habis ja waktu melawat pukul 7 malam, kami tak terus balik, solat maghrib isyak dulu dekat masjid. naura tiap-tiap petang aku mandikan dekat masjid. selesai isyak, baru kami balik. tu pon singgah makan malam dulu baru balik rumah. biasa sampai rumah dah pukul 11 malam camtu. nak mandi apa semua, pukul 12 malam baru selesai boleh tidur.
tapi naura budak baik. senang ja jaga dia. dia tak reti penat pon.. dekat masjid jumpa kawan, seronok ja dia berkawan. kalau takda kawan, dia main ja sorang dia. banyak jugak belikan mainan dekat dia masa dok hospital tu. pastu beli buku dan pen. dia suka melukis..
kalau dah penat tidur ja sambil minum susu.. alhamdulillah anak yang baik..
setiap hari ada ja yang datang ziarah. sedara mara, kawan-kawan ibu, jiran-jiran. ramai.. masa awal-awal dulu, maksu dengan paksu banyak tolong. bawak ayah balik tukarkan baju dan belikan makanan. tolong bawak balik kereta ayah, pastu motor yang ibu bawak kemalangan tu masih ada kat tengah jalan takda siapa urus. paksu la tolong bawak, tinggalkan dekat rumah. masa tu kami masih kucar kacir. lepas tu ada kawan-kawan ibu yang datang bagi sumbangan, buat solat hajat, bacaan yassin. syukur ramai orang-orang baik tolong dan doakan.
ni kak Lia, jiran kami dekat bukit beruntung yang mengasuh naura. dia datang sorang-sorang naik grab daripada rumah adik dia di Meru. dia berjalan Ipoh sebab cuti sekolah, tapi tulah, ingatan dia tu.. terharu sangat. kak lia ni bukan orang lain dah. macam kakak sendiri. baiknya dia tu macam keluarga sendiri. susah senang sanggup kongsi sama-sama. hari-hari bagi kata semangat. sentiasa tanya kita ok ka tak.. takda lain la aku doa dekat kak lia.. semoga Allah balas kebaikan dia dengan sebesar-besar ganjaran. aminnn..
hari ke13 ibu dah turun ke wad 6B semula. kali ni nurse minta untuk sorang jaga ibu sebab ibu dah tak boleh tinggal. masa dekat wad HDU, ibu dah bercakap, cuma tak berapa stabil apa yang ibu cakap. dia macam merapu-rapu tak tau cakap apa. tapi bila turun wad 6B, keadaan ibu lagi teruk. dia tak bercakap tapi nampak macam meracau. asyik nak bangun dari katil. ada sekali kami datang mata ibu terbeliak tak berkelip. seram eh.. esok tu aku terus demam.. huhu
suami minta ibu dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh, sebab cuti pon dah tak banyak tinggal. dah tak boleh nak sambung cuti lagi. tapi doktor cakap ibu dah boleh discharge. jadi kami pon kalut la buat persiapan untuk bawak ibu balik. suami cari ambulance swasta untuk bawak ibu ke Bukit Beruntung. aku pulak cari katil hospital untuk letak dekat rumah. sebab nampak keadaan ibu, macam tak boleh duduk atas katil biasa. dia dalam keadaan tak berapa stabil gitu. huhu
hari ke15 6/6/2024, ibu discharge.. hati berdebar sebenarnya nak jaga ibu dekat rumah, tapi kuatkan semangat. insyaAllah boleh.
ayah naik ambulance dengan ibu, suami bawak kereta ayah, aku bawak kereta sendiri dengan naura. ambulance ni cas 1k daripada Ipoh ke Bukit Beruntung. alhamdulillah ada sumbangan yang membantu.. suami request tak laju sebab taknak kepala ibu terhentak. tapi hari kami balik tu memang jem sebab dah habis cuti sekolah. semua dah nak pulang ke sarang. jadi tak boleh laju..
alhamdulillah selamat sampai Bukit Beruntung.. malam tu ibu nampak tenang ja. tidur pon lena. aku masa tu demam, memang berat kepala. jadi letak ja kepala terus tidur.
esok aku pegi sekolah macam biasa, suami dengan ayah uruskan ubat ibu. tukarkan pampers aku tolong sebelum pegi sekolah. hari pertama nampak macam ok, tapi keletihan sebab masing-masing tak tau teknik yang betul untuk tukar pampers ibu. pastu petangnya makcik dengan pakngah (adik beradik ibu) datang ziarah. ibu nampak tenang lagi hari pertama ni. memang tidur ja..
hari kedua ibu dah start nak melasak semula. aku ambik cuti sebab naura pulak demam. gitulah.. masa diri sendiri demam, kita pegi ja kerja. tapi bila anak demam, kena la cuti untuk jaga dia. petang kak lia datang ziarah ibu. masa sembang tu dia cerita mak dia selalu tarik tiub hidung tu. kena pegi klinik nak masukkan semula. masa tu ibu tak tarik lagi. agaknya dia dapat idea dengan dengar cerita kak lia, malam tu dia tarik tiub tu sampai tercabut. huhu. melilau suami cari klinik untuk masukkan semula tiub tu. nak cari yang boleh datang rumah sebab ibu memang tak boleh bawak ke klinik. jadi datang la MA daripada AMC dengan ambulance untuk pasang semula tiub hidung ibu tu. tengah malam ya.. pukul 12 lebih macam tu. lepas MA balik, kami settlekan pampers ibu pulak. pukul 2/3 pagi baru dapat tidur.
esok pagi pukul 6 macam tu, ayah ketuk pintu bilik bagitau ibu turun katil. dah baring sebelah ayah. suami punya risau sebab tak tau camna ibu turun. dia jatuh ka, terhentak ka, tak tau.. sebab bila tanya ibu jawab tak tau tak tau.. suami pon call ambulance sebab nak bawak pegi hospital nak check ada kecederaan ke tak..
datang lagi ambulance ke rumah untuk ambil ibu bawak ke hospital. sampai hospital, doktor check takda kecederaan baru. jadi dia suruh bawak balik. start kat sini aku dah mula rasa aku takleh handle. minggu depan suami dah start keja. dia dah la keja jauh, nanti time dia kerja, kalau ibu jadi apa-apa cam mana? ayah tak kuat sangat nak tengok ibu setiap masa. aku suggest kan supaya ambil jururawat peribadi untuk handle ibu dalam tempoh sebulan. dengan harapan, bila nurse jaga, ibu boleh sembuh, kuat dan boleh urus diri.
suami dengan ayah setuju. sebab iya.. semua orang dah keletihan. jadi, aku cari la dekat media sosial, nurse peribadi yang boleh bagi servis 24 jam tinggal dengan kami selama sebulan. alhamdulillah jumpa 1 agent yang boleh terima request kami. dia akan datang hujung minggu. jadi dalam tempoh beberapa hari sebelum nurse datang, gigih la aku kemas bilik untuk bagi nurse tu tidur nanti.
nak bawak balik ibu daripada hospital tu panggil lagi ambulance swasta. pastu esoknya ibu tarik lagi tiub hidung. datang lagi ambulance dekat rumah kami masukkan lagi. kali ke3, ibu tarik, malam tu suami dah tak larat nak cari. esok pagi nya konon nak cari tapi ada tetamu datang. masa tetamu datang, suami try bagi ibu minum air. alhamdulillah ibu tak tersedak. jadi, tak payah la pakai lagi tiub tu.. rasanya berapa kali masuk pon ibu akan tarik sebab tak selesa.
ahad, nurse pon sampai. nurse ni daripada johor. alhamdulillah cekap orangnya. dia uruskan ibu sorang-sorang ja. baru la kami boleh tarik nafas lega..
tugas nurse, setiap hari dia pantau oksigen dan tekanan darah, ubat, susu, pampers dan dia mandikan jugak. masa awal-awal dia lap-lap ja. tapi bila ibu asyik bangun nak pegi toilet, dia bawakkan pegi mandi. itu la yang kami tak mampu nak buat. tak larat nak angkat ibu ke toilet. huhu. lepas tu dia tolong guntingkan rambut ibu yang kusut ditocang hospital, potong kuku ibu. nampak segar lepas nurse uruskan.
tapi kewarasan ibu masih belum pulih.. ibu masih resah dan tak tentu hala. taknak tidur, asyik nak bangun. mula-mula kami ingat sebab hentakan dekat kepala tu yang buat dia terganggu, tapi suami panggil ustaz. sebab dah tak tahan tengok perangai ibu macam tu. alhamdulillah lepas dah buat rawatan dengan ustaz, ibu dah tenang. dah boleh bersikap normal. dah boleh bercakap dan nampak waras. dah takda dah nak turun katil ka apa.. dia tenang ja..
masa ni raya haji.. ibu dah ok. dah sedar cuma masih letih dan tak faham apa yang dah jadi. dia macam baru sedar. macam baru bangun tidur.
malam raya tu, ibu sibuk la tanya apa yang jadi. macam mana ibu boleh eksident apa semua.. alhamdulillah dah boleh bersembang semula dengan ibu.. masa raya ni nurse balik. cuti raya 2 hari. jadi kita uruskan ibu sendiri 2 hari ni.
alhamdulillah Allah bagi lagi kami bersama dihari raya walaupon keadaannya berbeza.. tapi syukur lah kita berjaya melalui tempoh sukar itu..
juadah raya wajib masak walaupon cari menu paling simple. sebab mesti ada orang datang punya nak ziarah.
pagi, mak dan angah sekeluarga datang. petang, pak aji sekeluarga & makcik datang. malam, keluarga yang ibu ngasuh anak dia pulak datang. alhamdulillah.. tetamu datang bawak rahmat & berkat.
20 hari kak nurul, nurse yang jaga ibu duduk dengan kami. kak nurul tak dapat selesaikan 30 hari atas urusan peribadi. ni hari terakhir dia sebelum balik Johor. ikutkan ada nurse ganti yang akan selesaikan baki 10 hari lagi, tapi macam-macam hal.. huhu
masa nak balik tu, ibu sedih kak nurul pon sedih. apa tak nya, kak nurul ni buat kerja sangat baik. dia jaga ibu sungguh-sungguh. sampai ibu boleh la nak urus diri sikit-sikit. tak la teruk macam awal-awal dulu. nak cari ganti kak nurul ni susah eh.. macam-macam calon agent bagi, tapi mengarut-ngarut. Filipina la, Indonesia la. yang orang kita pulak, dah datang menipu pulak. pastu cuba nak mencuri. kacau bilau dibuatnya. last sekali kami tak mau sambung kontrak dah. sampai takat tu ja.
ikutkan nak sambung lagi dengan kak nurul lagi 15 hari, tapi takda rezeki. dia senyap pulak lepas dapat duit tambang. tak tau la apa masalah. mungkin dia serik kot datang jauh-jauh tapi kena tipu dengan agent. janji nak bayar ribuan dapat ratusan ja.
kalau ada yang nak tau tentang jururawat peribadi ni, kami ambik pakej 24 jam stayin sebulan 5.5k.. mahal ya.. tapi demi untuk kebaikan semuakan.. alhamdulillah kami dapat ibu yang dah semakin sihat.
ibu makin positif.. setiap kali kawan-kawan ataupon sedara datang ziarah, ibu macam dapat semangat baru. alhamdulillah..
mohon semua doakan opah naura. semoga terus sihat dan dipermudahkan segala urusan. lepas ni mungkin kena selesaikan kes kemalangan pulak. doakan ya semoga segalanya lancar & dipermudahkan. doakan juga ibu terus kuat & boleh berjalan. aminnn.. terima kasih semuaaa <3
terima kasih buat yang sudi membaca <3
No comments:
Post a Comment