assalamualaikum...
Alhamdulillah dapat bersiaran kembali. baik, kali ni nak share pengalaman pegi rumah terbalik. orang lain mungkin dah beribu lemon dah pegi rumah terbalik ni, tapi aku dengan suami baru first time pegi. hikhik
sekarang ni dah merata-rata ada rumah terbalik. Sabah la, Negeri Sembilan la.. yang kitaorang pegi ni dekat Kulai, Johor.
dating berdua jer uolls..
rumah terbalik ni ada 3 tingkat. bangunan kedai jer..
harga normal untuk dewasa ialah rm25. tapi oleh kerana aku dapat voucher harga student, kitaorang bayar sorang rm10 jer. jimat la rm15. sebab dapat diskaun la kitaorang datang sini. yea!!
LEVEL 1
bukak pintu jer terus nampak rumah terbalik ni. haa.. lupa. pakai stokin kalau nak masuk sini. kalau tak pakai dia suh beli rm2 harganya. mugkin dia nak jaga lukisan yang ada dekat lantai kot.
lanje dulu gambar kitaorang yang masih normal sebelum diterbalikkan.
suma benda tergantung kat atas. memula memang nampak tah apa-apa. tapi bila dah ambik gambar baru faham.
ok?? pening?? haku pon pening. haha
keluar dari air jumpa dengan lembu. booo booo..
haus ye bang? ni ada coca cola untuk mu. =P
tak nak coca cola?? nak susu? ok! kita perah susu sekarang. ^_~
lapar pulak?? nah burger bertingkek tingkek untuk mu abang.. semoga berjaya membesar dengan jayanya. haha
tips penting kalau takmau pening. tengok jer bawah.. tak yah susah-susah nak rotatekan phone / laptop korang. haha
kat sini ada ramai staf yang boleh bantu kita kalau nak ambik gambar. jangan segan silu nak mintak tolong daripada diaorang. sebab tu memang keja diaorang pon.
LEVEL 2
dekat sini ada disediakan lift. tapi buat apa nak guna lift. tangga dia pon cantik. memang dia manfaatkan setiap ruang untuk kita puas hati bergambar.
naik jer tingkat 2, ni la sudut pertama yang kitaorang nampak. tandas!
sapa yang terbalik sebenarnya??
cicak Man nak basuh baju. hehe
wahhh.. banyaknya makanan!
chef terbalik..
dalam keadaan terbalik ni, ada satu hashtag yang sesuai iaitu #siscuba . hoho
ruangan bilik tidur
tergantung-gantung diawangan. nak tido pon taktau cemana. huhu
yang ni huru hara. haha. tak jadi kot. tapi #sisredha
sapa penah nampak belon pakai tudung?? haha
bilik tidur anak sebenarnya ni.. kitaorang buat gaya macam-macam tapi hasilnya hampeh. tak jadi. dah malas nak rotate. biaq la barang-barang tu terapung. =P
LEVEL 3
kat atas ni takde apa sangat. adala seketul kolam ikan terbalik. cantik.
ada kedai souviner. harga boleh tahan. tapi kalau banyak duit apa salahnya. ^_~
pastu ada lukisan 3D..
ini tak boleh bla. hahaha. gelak la berjemaah. aku memang rasa tah papa sangat. gaya macam naik tikar terbang tu memang boleh mendatangkan kecaman. tapi sis redha. huhu
kesimpulannya ok la rumah terbalik ni. nak seronok-seronok, hilangkan stress, jadi gila-gila. insyaAllah enjoy jer..
pesanan aku:
* sebelum masuk pastikan dah makan kenyang. sebab bila masuk dalam ni akan ambik masa yang lama. nanti kalau tetiba lapar boleh spoil mood nak bergambar.
* buat research sikit camna nak bergambar dekat tempat macam ni. sekurang-kurangnya kita dah dapat gambaran awal camna nak posing untuk dapatkan gambar yang cantik.
kesimpulannya ok la rumah terbalik ni. nak seronok-seronok, hilangkan stress, jadi gila-gila. insyaAllah enjoy jer..
pesanan aku:
* sebelum masuk pastikan dah makan kenyang. sebab bila masuk dalam ni akan ambik masa yang lama. nanti kalau tetiba lapar boleh spoil mood nak bergambar.
* buat research sikit camna nak bergambar dekat tempat macam ni. sekurang-kurangnya kita dah dapat gambaran awal camna nak posing untuk dapatkan gambar yang cantik.
ok tu jela. bye-bye!
terima kasih buat yang sudi membaca <3
019-7205019 ,dah tak pakai ye no Tu,,
ReplyDelete