6 August 2017

NAIM & NAQHIAH : Majlis Bertandang

assalamualaikum...

nak dekat setahun dah kawin, masih lagi nak cita pasal majlis kenduri. haha. ampun laaa.. tapi majlis bertandang ni masih belum tulis. jadi haruslah aku sambung ceritanyaa walaupon dah sekian lama.. huhu

nah! aku share balik link entry kawin aku sebelum ni. kot la nak baca balik.. ^_~



majlis bertandang ataupon senang cerita majlis sebelah suami, buat dekat rumah di Tambun, Ipoh..


best jugak sebab boleh rasa suasana berbeza. belah aku dalam dewan. belah suami dalam khemah..

tema sebelah suami, biru pink


buffet untuk tetamu..


meja pengantin.. 

cantik jer kaler pastel..

pelamin pon pastel..


ibu mertua memang ada kumpulan marhaban.. jadi pagi-pagi sebelum majlis kenduri, ada marhaban dulu..


doorgift berupa sebiji kek dengan pelbagai perisa..

guestbook.. emblem tu suami yang design sendiri. pastu guna emblem yang sama dekat kad kawin, banner, bunting dan guestbook.. nampak kemas dan tak serabut.. cayala bang!

selain daripada makanan katering, banyak lagi menu lain yang ada.. ni antara menu yang sedara mara sendiri masak..

bihun sup..

cendol..


dadih..

orang pon dah start datang..



ibu dengan ayah mertua pakai baju kaler hijau turquoise

tuan rumah besala.. sibuk la sikit nak melayan tetamu..

yea! banyak hadiah. hehe

dah boleh start makan dah..

flower girls dan dayang-dayang..

pukul 12 pm camtu baru la kami sampai..

adoi nebesnya! 

yang pegang payung tu kawan suami.. dah nak balik dah sebenarnya. rezeki la dapat jumpa jugak.

cikgu suami masa sekolah dulu.. sembang jer tak ambik gambar betul-betul pon..

kawan kerja suami.. jauh dia datang.. dah nak balik dah. sempat jugak la diaorang bertegur sebelum kami berarak masuk dalam..

ok.. dah nak berarak masuk dalam dah..


sapo perasan pengapit suami perempuan? hahaha. cari pengapit tak jumpa.. last sekali sepupu perempuan ni gak la yang tolong..mujur baju diaorang sama. jadi tak la nampak pelik pon. cuma rare sikit la..


bersalaman dulu dengan ibu ayah sebelum masuk..

ibu nampak sebak sikit.. yela.. anak bujang yang sorang dah kawin. mesti ada macam-macam perasaan bercampur-baur.

gambar aku bersalam takde sebab terlindung.. hehe. takpoo.. janji aku memang salam. tak ngelat.

ada 10 buah khemah.. punya la panjang. rasa letih nak jalan. haha. gurauuuu!


sampai ja kat meja makan, diaorang tak bagi duduk lagi.. suh suap anggur dulu.

aku ikhlas ja suap.. tapi taktau kenapa dalam gambar tak nampak ikhlas tuu  -__-

gambar ni lagi damn! laki aku pon nampak cam nak lari takmau kena suap. haha

bacaan doa.. 

jom main teka teki. kenapa laki aku cam nak tidoq dan aku berkerut?

tak cukup dengan tadi, ni pulak.. aku punya muka hepy kembang setaman. dah kenapa?? aku pon tak faham. haha

atas meja ada ukiran buah-buahan.. cantik sangat. ada yang sponsor. terima kasih.. rasa bertuah walaupon tak boleh makan. kenapa takleh makan? sebab dia ukir buah yang putik. kalau yang dah masak tak cantik. nanti lembik.




ni sedara mara aku yang join rombongan.. terima kasih suma!


suap-suap lagi..

iolls cuba control supaya tak nampak ganas. huhu

jemput minum uolls! gulp. ( telan ailio sebab yang dok taip ni pon dahaga. huhu )

biasala tengah makan ni ada yang menyelit nak bergambar.. harusla kita sebagai pengantin berlapang dada.. yang penting tengok mak ngan ayah aku. mantain ja makan tak kisah orang ambik gmbar ka apa.. hehe

masa ni la kita nak feeling retis sebab suma orang berebut beratur nak bergambar dengan kita. haha. 

adik beradik mak.. Mak Teh, Pak Cik dan Mak Tam.. 4 beradik ja yang tinggal. lagi 4 dah meninggal. Al-Fatihah untuk Mak Chaq, Pak Ngah, Pak Lang dan Pak Ndak.

sebelah ayah, Andak Umi dan Opah jer yang ikut. yang lain tak dapat nak ikut..

family ni rapat dengan keluarga suami sebab dari kecik-kecik lagi ibu jaga diaorang. jadi, diaorang pon tak malu-malu bila bersembang. dah macam keluarga sendiri.

masuk dalam bergambar atas pelamin.. pelamin ni cantik. tapi size dia kecik. jadi dia buat kita kelihatan besar sebab bila kita duduk atas pelamin nampak penuh. bukan salah kami. -,-'

adik beradik aku cuma Jiha sorang ja yang leh ikut. Amin & Amir ada masalah dengan keta diaorang dekat Terengganu. si Naqibah pulak ada exam ka apatah.. takleh nak ikut jugak. nasib Jiha dah kawin. jadi la 2 orang. masyehh!!

haa.. ni dia sedara mara yang join rombongan pengantin perempuan.

tak reti nak freestyle sangat, photographer suh senget macam kena angin taufan. haha. yang hujung belah kiri takmau bagi kerjasama. haha

ok.. jom kita bergambar tenang-tenang atas pelamin..

4 beradik.. ^_^

ibu dengan ayah curi-curi datang bergambar.. kalau tak nanti langsung takde gambar..



calon-calon couple meletop. =P

pastu nak bersalam-salam atas pelamin. salam-salam jer. bukan merenjis bagai..

sambil salam tu, sambil kenalkan dengan keluarga..



bukan semua aku boleh ingat masa kenalkan ni.. tapi takpe, janji adala jugak kenalkan pada keluarga.

Datin Aja pakai baju sama warna dengan pengantin. boleh tertukar karang. hehe

sedara mara sebelah suami.. Keluarga Pak Ngah dan Pak Anip

ada Acik Ana dan keluarga.. yang lain aku tak kenal. huhu. jiran tetangga kot.. 

anak-anak Pak Ngah.. diaorang ni la yang jadi penyelamat tolong jadi pengapit tadi. terima kasih banyak-banyak!

acara potong kek.. 

kek cantik kemahennn! bukan cantik ja. sedap jugak. barula kita boleh kata cantik luar dan dalam. haha

suap jangan tak suap. hehe


perkahwinan kitaorang ni jadi bualan jugak dikalangan kawan-kawan ayah dan ibu.. sebab reunion la, ibu mertua jumpa dengan ayah aku. pastu sekarang dah berbesan..

masa kenduri ni boleh reunion lagi.. hehe. dari zaman sekolah rendah, sampai sekarang boleh contact lagi.. dasyat sungguh!

kawan-kawan suami yang kerja sama-sama dekat Media Prima pon datang..


geng engineer Media Prima. tengok TV siaran tak betoi ka apa, depa ni la yang kalut..

tak ingat ni anak sapa.. huhu

orang-orang kuat yang bertungkus lumus memastikan majlis berjalan lancar. terima kasih semua.

dah surut sikit orang, kami bergambar berdua jaa..

bila bergambar berdua ja, baru pelamin nampak cantik..


masa ni dah seminggu kawin, kekok tu dah kurang tapi masih ada. 


gambar-gambar ni semua dari The Photolicios. boleh pi cari diaorang dekat IG / FB 

gambar suma cantik-cantik dan photographer pandai bagi cara nak posing..

Jom tengok gaya Raja berposing. hikhik



amboi smart!

ni Puteri Gunung Daik Bercabang Tiga. LOL


kejung tak kejung la berposing. kita ni selalu bergambar memang tegak angkat peace ja.. pastu nak suh pose ala-ala model tak mampu diknonnn!

terpaksala gue turutkan kata si photographer.

ni pose ' tutup pipi tembam tunjuk sikit jer takpe ' namanya. LOL



lepas dah bergambar dekat rumah, kitaorang outdoor plak..

 petang tu cuaca nampak macam mendung nak hujan. pastu photographer tu bagi cadangan ambik gambar dekat padang permainan sebab dia kata takut tak sempat. 

suami aku sekeras-kerasnya membantah. dia kata Gunung Lang dekat jer, dia takmau ambik gambar dekat padang. haihh.. nasib laki aku jenis cerewet sikit. tak la teruk sangat gambar kitaorang bergambar dekat padang. kalau photographer tu tanya aku, confrim aku kata ' ok boleh! ' haha. damn la gambar kawin kat padang permainan nampak plastik sampah merata serta berlatar belakangkan rumah-rumah orang. -,-'

so, keputusan muktamad suami aku, bergambar dekat Gunung Lang.



Alhamdulillah pemandangan cantik.. nampak latar belakang hijau pokok-pokok dan putih batu kapur..



gambar kawin besala ada ngengada sikit.. tapi iolls dah tapis-tapis supaya sesuai untuk tontonan umum. LOL




sebelum aku terlupa, makeup cantik aku masa majlis ni oleh Kak Su Qaseh Suria. boleh la usya-usya hasil kerja dia. memang owesome! dah la ramah tamah, baik hati. terus boleh jadi kawan.

pose cenggini sebenarnya aku tak berapa rela hati. huhu. aku malu gila kot. photographer asyik gelakkan aku sebab aku kelam kabut nak cepat. tak mau lama-lama posing romantik bagai. sory I tak biasa. T_T


baju songket ni sewa jer.. dari butik apatah tak ingat. sebab suami yang tempah.. suami memang ada taste la sebab yang dia pilih suma cantik-cantik.



Alhamdulillah.. last but not least, doakan kebahagiaan kami ya.. semoga terus kekal bahagia hingga ke syurga, diberi kekuatan menempuh alam rumahtangga yang penuh cabaran, dapat tinggal sebumbung ( weolls masih PJJ. sobsob ), dikurniakan anak yang ramai dan dipermudahkan segala urusan. 

mudah-mudahan dengan setiap kata-kata baik yang korang doakan pada kami, berlipat ganda Allah balas dengan kebaikan. Amin..

akhir kata, babai! semoga kita berjumpa dilain entry. 



terima kasih buat yang sudi membaca <3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...