ok. sambung balik cerita pasal majlis kawin.
tema untuk kenduri, aku pilih merah putih. merah memang febret dari kecik-kecik. jadi haruslah kawin pilih warna merah. pelamin dan segala dekorasi dalam dewan diuruskan oleh Katijah Katering.
Kitaorang buat dekat dewan sebab takmau rumah berkecah. pastu dewan ni pon tempah sekali dengan Jiha. sebab masa tu dah tau dah bila nak kawin. jadi tempah la siap-siap.
dewan ni murah jer. econ pon takde. tapi ok la.. janji ada tempat makan bawah bumbung khenn.. hehe
dalam pukul 12.30 tengahhari gitu, baru la aku sampai kat dewan. Jiha dengan Dak Amir ambik kat spa. baju sewa dari Katijah Katering jugak. ambik dekat orang yang sama jer, mudah keja. suka baju nih sebab design dia yang simple. atas songket, bawah chiffon. pastu, aku memang nak kembang meleret supaya bila jalan terasa cam princess. haha. over kau nak perasan princess.
ni sementara tunggu cik abang datang. sebenarnya tadi kitaorang bersiap sama-sama kat spa. tapi lepas tu bergerak asing sebab katanya tuan rumah kena sambut rombongan masa diaorang datang.
kedudukan adik beradik.. photographer terkejut tengok aku angkat jari no 1. dia ingat aku no 5. haha. ok aku tipu. aku tipu part no 5 ja.. yang dia terkejut tu betul. dia ingat aku no 3. bawah Jiha dan Amin. well. sejenis awet muda memang gitu. =P
berdedikasi sungguh pengapit kita. bawah bumbung pon dia payung. hehe. kat tepi tu kicap. doorgift kita kicap Jalen versi kecik comel.
cik abang kita dah datang bersama rombongan..
nampak macam ada 3 pengantin ja kat situ? saja depa nih nak wat confius orang pakai baju kaler sama dengan pengantin. haha. walaupon begitu, dahku takkan pernah keliru untuk mengenali cinta hatiku. =P
ok.. kita pon pi jemput. setelah di brain wash oleh Jiha dan Jiha pon dok ada ja kat tepi tu sambil jegil mata, aku pon berjaya cium tangan suami dengan tertibnya. hehe.
si Qibah dok jaga kain. yang Jiha dok jaga kat depan aku supaya tak buat hal. haha. terima kasih la adik-adik sebab tolong mengawal keadaan. heee.
beraraklah kita untuk masuk ke dewan..
tak sabar nak jumpa kengkawan dalam dewan..
masuk ja dalam dewan nampak kawan-kawan terus diaorang ngusik. napa tak pegang tangan suami? pegang tangan! eh. kita pegang lani. kuat lagi sebab takut tersembam. haha.
aku memang tak berapa pandai sangat nak cool depan orang. selalu kelam kabut. pastu tengok cam panjang sangat red carpet nih, terus nak jalan laju. tapi suami tahan tangan dia. tak bagi jalan laju. alaaa.. haha
jadi kita pon ikut ja rentak suami. jalan relaks sambil lambai senyum dekat tetamu ala-ala princess. cait!
terus ke meja pengantin untuk makan beradab..
aku dah bercerau peluh sebab panas. huhu.
baca doa pengantin dulu..
doa dibacakan oleh Dak Amin. alhamdulillah..
selesai doa boleh la bersantap..
makanan atas meja pengantin memang ohsem. tapi bukannya boleh makan sangat. huhu. walaupon baru jer nak makan tetiba orang datang nak bergambar. pastu photographer asyik suh posing, tapi kita enjoy jaa. sebab bila lagi nak rasa camni. makan bila-bila pon boleh. kawan-kawan, saudara mara yang datang lagi penting. itu yang kita kena utamakan.
kawan-kawan dari Johor yang dah tunggu daripada pagi lagi. disebabkan dah nak balik JB, terpaksala diaorang bergegas.
terima kasih tau semua sebab sanggup datang jauh-jauh. semoga Allah murahkan rezeki hangpa suma..
Anis ni kawan masa sekolah dulu, pastu masa buat degree kat Insaniah kitaorang dok serumah. TQ Nis sudi datang..
kawan-kawan sekolah menengah. tak sangka boleh jugak kita berjumpa noo.. dah bertahun kot tak jumpa sejak zaman sekolah dulu.. terima kasih sangat-sangat.
Kak Mumtaz.. kawan masa kat Insaniah. pastu masa kat Maktab kitaorang dok sebilik. Alhamdulillah.. ada rezeki mai kenduri saya. terima kasih..
macam biasa.. bukan nama makan beradab la kalau tak main suap-suap. hehe.
jenis suap orang tak berapa nak ikhlas. haha. suami pon redha jaa.
layan jela.. bukan selalu ye dak? haha.
Alhamdulillah.. memang tiptop servis Katijah Katering. makanan suma sedap. pastu kat meja pengantin, lauk pon dia tolong cedukkan. rasa VIP betoi. hehe
selesai makan, kitaorang naik pelamin. macam tak sangka. dulu-dulu kan orang asyik tanya, bila nak naik pelamin. haa. sekarang dah naik pon.. hehe
pelamin ni cuma untuk bergambar jaa.. bukan untuk renjis-renjis bagai. sebab kalau takde pelamin rasa cam tak comey plak bila bergambar. ada pelamin barula seronok sikit kalau orang nak bergambar pon. tak gitu? hehe
sempat la kitaorang posing beberapa ketul..
pastu baru ajak sapa yang nak bergambar naik atas pelamin..
Lola baru datang. ngam ja boleh bergambar sama-sama..
comey sungguh Mek Adawiyah nih.. hehe. tetiba ja muncul atas pelamin nak bergambar. terima kasih.
ibu dan ayah
Pak Tam dan Mak Tam..
family kita..
terima kasih semua sebab banyak membantu. dari sekecik-kecik perkara hingga sebesar -besar perkara, semua sepakat untuk membantu. terima kasih atas cadangan dan pandangan. semuanya Ayong hargai.
walaupon kita gila-gila, tapi bila mintak bergambar freestyle selalu hancur. dok cenggitu la jugak. huhu
Ayah dan Emak
siapa sangkakan, daripada kawan sekolah boleh jadi besan. daripada tak kenal boleh kawin. jodoh tu memang rahsia Allah. Alhamdulillah..
Andak Umi.. banyak sangat membantu. terima kasih Andak sebab selalu ja all out untuk kenduri kami.
dak kecik Suraya. comel ja datang nak bergambar.
sepupu-sepupu suami.
yang pakai tudung mustard Mak Su suami. yang sorang lagi tak ingat. huhu. sory...
selesai makan Lola datang lagi nak bergambar.
tak tau Lola mai dengan sapa sebab dia naik sorang ja..
dah surut orang, kita pon posing sendiri ja.. hehe
posing sikit-sikit ja sebab maluuuu. huhu
pastu turun untuk potong kek. kek ni Jiha yang tempah. aku langsung tak bagitau apa-apa kat dia untuk design kek ni. aku cuma nak kek 2 tingkat ja.. Alhamdulillah.. comel je kek yang Jiha tempah. suka sebab kena dengan tema. TQ!
potong kek..
standart la suap-suap nih. kali ni aku suh suami ambik cream ja. takyah la cedok sampai seketul untuk suap. memang tak lepas punya nak makan.
suami pon makan cream gak la sebab aku pon cedok cream ja.. hehe.
takpela bang makan sesikit ja.. nanti kita melantak kek kat Secret Recipe. hehe
lepas potong kek rombongan lelaki nak balik. pastu suami nak hantar dulu sebab nak settle kan barang kat homestay. aku stay ja kat dewan sebab nanti kalau orang datang kesian plak pengantin takda..
tengok tetamu pon macam kurang, aku ajak adik-adik posing kat pelamin. Dak Amir ja takde sebab pi ambik kawan dia kat Rawang.
nak tunggu suma lambat, jadi kita feeling ja dengan mana yang ada.
2 orang perempuan dah lepas. tinggal Dik Qibah sorang jala lepas nih..
suami pon dah balik ke dewan.
pastu kita panggil semua adik beradik dari sebelah mak.. sebab depa ni takmau naik pelamin pon. aihh. payah sungguh nak tangkap gambar.
sekali kumpul, pelamin pon dah tak rupa pelamin. hahaha. terima kasih semua!
anak murid Amin masa dia mengajar dulu.
petang sikit, kitaorang pi photoshoot kat Masjid Saidina Ali, Bukit Beruntung.
malu-malu lagi. gaya pon tak banyak.
gaya sama jer.. pastu photographer pon tak memaksa sangat.
aku dan peace berpisah tiada. haha
sepatutnya kena ada eye contact bagai. tapi ampun.. aku takleh langsung nak tengok mata suami. kalau tengok mesti rasa cam nak nyorok bawah meja. haha. over.
jadi kita pon buat gaya biasa-biasa jer..
akhirnya main tutup muka dengan bunga. haha
suami redha dapat isteri pemalu. haha.
au cak! haha
keluar dari masjid hujan pulak..
gini jala gaya yang dapat buat pon.
Alhamdulillah.. selesai sudah majlis sebelah aku. terima kasih untuk semua yang membantu, yang datang memeriahkan majlis, yang bagi hadiah, yang mendoakan. maaf atas segala kekurangan. insyaAllah ada kenduri lagi kita akan buat penambahbaikan. hehe.
apa-apapon terima kasih atas kesudian untuk datang. aku harap semua orang gembira dan berpuashati semasa majlis berlangsung. kalau yang terkurang aku sebagai pihak tuan rumah mohan maaf banyak-banyak. mudah-mudahan korang tak serik datang kenduri kami.
gambar waktu akad dan walimah diambil oleh Kristal Photographer. sesiapa yang dok area Rawang dan sewaktu dengannya boleh la booking. kalau bukan dok area tu tapi teringin nak dapatkan khidmat diaorang pon boleh. sempoi jaa.. takde nak paksa-paksa kita. dia memang ikut klien. boleh contact : 012 - 361 3914 ( Azirimi )
make up aku pada majlis akad dan walimah dari Kak Naha. no contact : 017 - 616 6632
untuk gubahan hantaran, pelamin dan katering suma dari Katijah Katering. nak tanya lanjut boleh contact Ika : 011 - 1225 8597
aku ada share FB Kak Naha dan Ika pada entry sebelum. boleh la jenguk-jenguk.
tolong promote jer.. bisnes orang kita. takde dapat komisen pon. korang jangan risau. aku selalu kalau promote bukan sebab dibayar. tapi memang ikhlas ikut pengalaman. cenggitu!
next : majlis bertandang. tungguuuuuu!
terima kasih buat semua yang sudi membaca <3
No comments:
Post a Comment