assalamualaikum...
lemau jer rasa bila fikir besok dah sekolah.
nak cuti lagi! nak cuti lagi! * sambil tumbuk bantal. weee.
aku baru balik dari camping kat Teluk Gorek. penah dengar Teluk Gorek? tak penah dengar pegi google sana. haha.
alaa.. acah ja. Teluk Gorek kat Mersing. ^_^
perkhemahan 3 hari 2 malam. santai santai jaa.. tapi santai santai pon takdela dok relaks ja kan.. tetap la kena kawal budak. berjaga sampai pukul 2 3 pagi. pastu ada aktiviti masak. jungle tracking. explorace. suma pakai tenaga. of coz letihhh.. tapi letih yang seronok.
perkhemahan 3 hari 2 malam. santai santai jaa.. tapi santai santai pon takdela dok relaks ja kan.. tetap la kena kawal budak. berjaga sampai pukul 2 3 pagi. pastu ada aktiviti masak. jungle tracking. explorace. suma pakai tenaga. of coz letihhh.. tapi letih yang seronok.
suka gila budak-budak dapat berkhemah mengadap laut.. bukan budak jala suka kan. Cikgu pon suka gak. eksited gila bila turun-turun bas nampak laut. wuhuhu.
pemandangan dia kalau tengok depan depan. Masya-Allah.. sebab tu walaupon cuaca panaih lip lip, kita tetap gak terjun dalam laut. haha. geram wey geram. =P padahal aku dah lama gila tak mandi pantai. tapi sebabkan geng-geng cikgu suma terjun, eh mana boleh. join gak la kita pon.
sunrise yang MasyaAllah indahnya..
malam-malam pon asyik gak dok melepak tepi pantai. sebab bulan terang. air pasang. tapi nak ambik gambar takkan bagi apa-apa makna la kan sebab pakai phone murah. dah tentu-tentu gambar jadi tak seindah mana.. wuuuu..
pendek kata memang best la camping kat Teluk Gorek ni. tempat best. resort best. makan pon best. orang resort tu masak dengan penuh kasih sayang aku rasa. takda satu menu pon menghampakan. semua terbaekkk!
muka dah sunburn habis. rentung weh. pastu kering mengelupas pulak. haha. redha jala kan. ko yang seronok sangat dok berkayak, pastu mandi berejam-jam tak ingat nak naik. rasakan la... =P
eh.. adik aku yang study kat Yaman dah nak balik dah. eksited ok. doakan dia eh. semoga selamat sampai. aku tak dapat nak sambut dia sebab keja. minggu depan pon tak dapat balik gak sebab ada Taklimat guru Jqaf PPD Pasir Gudang. huhu. sedih tauuu.. harap dia ok la. nanti free cecepat ayong balik eh. tunggu k!
terima kasih buat yang sudi membaca <3
No comments:
Post a Comment