assalamualaikum...
dalam masa beberapa jam jer lagi rakyat Malaysia akan turun beramai-ramai untuk mengundi. aww! nerbesnyeww! hoho. tahun ni adalah tahun pertama aku mengundi. memang bahang nak pangkah memangkah ni terasa sangat-sangat. tak sabor ni yop! haha.
so, selari dengan perkembangan semasa, aku bawakan entry tentang adab-adab ketika mengundi. ha..penting nih. ( solehah sangat tau buat entri pasal adab - adab..mihmihmih )
ADAB-ADAB MENGUNDI
* untuk membuang undi yang berpahala dan diberkati ALLAH.
- niat mengundi kerana Allah : نويت تصويت أفضل حزب لله تعالي
- memilih calon yang beriman @ pilih calon yang lebih baik dan tidak menganiaya rakyat.
- mengucap selawat ke atas Nabi di saat menunggu giliran untuk memangkah.
- masuk ke bilik mengundi dengan membaca Bismillah.
- membaca ' ِبسم اللهِ اللهُ اكبر ' di saat memangkah undi.
- bertawakal kepada Allah setelah memilih calon dengan menyebut / membaca : 'توكلت علي الله و لا حول ولا قوت الا بالله '
selamat mengundi semua ^_^
undi jangan tak undi tau! WAJIB!!
terima kasih buat yang sudi membaca <3
No comments:
Post a Comment