assalamualaikum...
semua yang bernama manusia pasti akan datang dengan bermacam-macam jenis perasaan. sayang, cinta, rindu, sedih, marah, dendam, geram dan banyak lagi la..jenuh nak taip satu-satu jenis perasaan manusia sebab banyak sangat. sampai tahap yang pelik-pelik pon ade.. tapi hari ni aku nak cakap pasal perasaan MARAH..kenapa aku pilih marah? sebab ini hari aku bukak FB ada beberapa makhluk sibuk update status caci maki, carut marut dekat orang sebab nak lepaskan perasaan marah..alih-alih aku pulak dah terjebak nak marah. huh!
sejak dari sekolah lagi aku memang panas hati dengar perkataan carut marut nih..ringan jerk tangan aku nak cubit manusia yang mencarut nih. masa dulu kalau kawan-kawan aku mencarut depan aku, time tu jugak diaorang lari sebab taknak kena cubit. tapi korang ingat aku nak tengok jerk diaorang lari? no way! harus jugak aku kejar dan cubit..eee..tak boleh. tak boleh. aku memang tak boleh menahan diri daripada kegeraman mendengar pencarutan (waaa..imbuhan apakah ini? mahu cikgu bahasa melayu datang sebat aku lepas nih. =P )
oleh sebab itu, bila aku tengok manusia-manusia yang mengeluarkan kata kesat dihadapan khalayak ataupon lebih tepat lagi, dekat laman FB memang aku tak respect manusia macam ni..what the hell nak maki-maki orang dekat page umum? nak raih simpati atau nak tambah bilangan manusia yang benci dengan kewujudan awak?
kengkadang ada yang tak mencarut, tapi maki-maki. malu kan orang. aib kan orang..hello..bagi motif boleh?? tahu tak semua tu tak menyelesaikan masalah pon.. awak kecoh satu dunia pon bukannya ada orang nak ambik kisah. silap-silap orang akan cop awak tu manusia emo yang tak gunakan akal fikiran waktu nak marah-marah.
aku jenis manusia cepat marah..yes..ngaku aje. memang kuat marah. membebel jangan cakap. kadang-kadang benda tak penting pon boleh jadi isu. ha..tapi itu la beza aku. aku kuat membebel pada benda yang tak penting. yang tak memberatkan otak, aku ngaku aku akan bebel. contoh, kalau jalan jem. kereta datang nak selit-selit dekat lorong yang aku duduk, aku marah..membebel. pastu, aku tengah best drive, tetiba kucing lintas jalan..ee..pantang betul aku terkejut-kejut nih..boleh membunuh tahu?? lagi, kalau aku punya barang hilang tanpa dikesan. membebel..
tapi bila datang big problem dengan family ker, kawan ker, kawan-kawan ker (ada perbezaan kawan dan kawan-kawan..sila cari kamus dewan naqhiah.hahaha) aku akan banyak diam..means, aku tak nak masalah besar jadi makin besar..yela..ini manusia-manusia yang penting dalam hidup tahu? apahal nak kecoh sangat..angin satu badan gi cerita satu dunia masalah awak untuk dapatkan simpati orang. pastu bukak aib manusia lain. tak ker masalah besar jadi makin besar? manusia-manusia penting dalam hidup akan lari dari awak. tinggalkan awak. bencikan awak..best ker macam tuh? awak ingat masa tu kawan-kawan FB nak pegi tolong ker? takda maknanya...
fikirlah balik..tak best pon simpan dendam dan marah. tak best pon bergaduh dan bermusuh. takde faedah..aku cukup tak suka nak beban kan diri aku dengan masalah-masalah perasaan nih. kalau yer aku marah, sekejap jerk. takyah nak lama-lama. penat nak sumpah-sumpah orang dalam hati lama-lama.(haha. kantoi..) kalau nak sedih pon, tak suka ambik masa yang lama. kejap sudah..sebab muka aku yang tak sedih pon dah cukup sedih. lagi nak buat muka sedih? mahu jugak ade orang bagi bantuan rakyat 1 malaysia kat aku..wahaha.
so, cubala hidup dengan tenang dan aman damai..latih la diri untuk bersabar, bersabar dan bersabar..jangan cuba sakitkan hati orang demi membalas sakit hati kita. sebabnya bila kita buat tak tahu jerk dengan rasa marah, geram, sakit hati yang ada tu perlahan-lahan perasaan tu akan hilang. dan perlahan-lahan jugak kita akan hirup ketenangan. ini serius! tak main-main..
aku bagi sedikit pendapat dan cara yang aku guna untuk handle perasaan marah yang kritikal :
- jangan bukak FB, Twitter ataupon ape-ape laman sosial yang ada. nanti mulala awak gatal tangan nak lepaskan geram kat situ. kalau awak nak update jugak pasal perasaan awk, just share jer ape-ape gambar dari page yang sesuai. dengan itu awak takkan sebut nama sesiapa dan perkataan awak jugak terkawal. so,takdela orang terasa hati sangat.
- banyak istighfar...fikir balik. manusia ni bukan semuanya sempurna. kita sendiri pon kadang-kadang tak sedar dah sakitkan hati orang. jadi,apa bezanya? setiap orang akan buat silap tanpa sedar. kita cuma perlu positif supaya orang lain pon boleh positif dengan kita.
- mengadu dengan Allah. bukan dekat FB, Twitter ataupon ape-ape jela. insyaallah, kita akan lebih tenang. sebab itula sebenarnya tempat yang tepat kita kena mengadu.
- ambik wuduk, baca quran..awak akan rasa ini la waktu paling tenang dalam hidup. waktu tu jugak awak akan rasa, awak sendiripon kejam. sebab cuma ingat Allah waktu susah. waktu senang lupakan Allah. bukti? awak boleh lupa diri waktu marah-marah. maki-maki orang lagi..itu dah tak reti ingat Tuhan la tu..sebab tu men suka jerk cakap ikut perasaan.
- banyakkan buat kerja ataupon kalau aku, aku suka tengok cerita lawak supaya aku boleh gelak. hilang terus rasa marah.
itu jer tips yang aku ada..aku bukan ahli psikologi. aku cuma manusia biasa yang nak berkongsi sedikit pendapat. mungkin boleh membantu. sebab kita hidup cuma sekali. kalau boleh nak semua orang suka kita. taknak cari gaduh dan bermusuh. sebab doa semua orang akan buat hidup kita lebih bermakna.
dan kalau ada yang terasa, aku mintak maaf banyak-banyak. ini bukan entry cari gaduh. ini entry untuk menyedarkan awak-awak yang suka sangat maki hamun, carut-marut tu, hentikanla. tak comel pon marah-marah nih..buruk tahu? baik bersabar..orang bersabar lebih cantik, hensem, anggun dan macho..^__^
terima kasih buat yang sudi membaca <3
No comments:
Post a Comment