23 December 2012

cameron highland

assalamualaikum...

cuti sekolah.biasanya kalau cuti sekolah mak ayah aku akan plan untuk bawak kami satu keluarga bercuti. so,kali ni kami ke Cameron Highland..sebenarnya aku nak wat 1 entri jer untuk percutian nih..tapi oleh kerana terlalu banyak gambar dan aku taknak la main skip jer, so entri pasal percutian ni akan dibahagikan kepada beberapa bahagian.so,sudi-sudikan la untuk membaca entri yang penuh dengan gambar nih..^__^

pemandangan dari hotel tempat kitaorang menginap.Cameron sangat sibuk waktu cuti sekolah.semua hotel full..mujur kitaorang dah booking awal-awal.hotel kitaorang dekat Brinchang.

kitaorang bertolak dari rumah pukul 10 pagi dan sampai dekat Cameron pukul 4 petang camtu..sampai pon dah agak lewat.so,lepas solat dan rehatkan badan,baru la kitaorang berjalan ke pasar malam.walaupon namanya pasar malam,tapi petang dah ready pon.

niat masa datang pasar nih cuma nak jalan-jalan jer..takda niat nak beli apa-apa lagi sebab masih awal.kena berkenal-kenalan dengan harga dulu.tapi,tetiba tengah syok berjalan,hujan turun..apa lagi.terpaksala beli payung sebab dah tahap terdesak.wuhuhu

 adik aku..bukan abang aku..^__^

barangan yang diaorang jual hampir sama pada setiap kedai..so,aku tak tahu apa pasal aku nak kena jalan jauh-jauh sebab bukan ada beza pon..huhu.tapi dah nama pon nak jenjalan.jalan la bagi puas kan..aku cuma geram tengok strawberi kaler merah,bantal bentuk strawberi kaler merah..pokoknya,tema kat sini kaler merah.tahu tak aku stress sebab tak bawak duit yang banyak untuk beli suma benda berwarna merah.huh!

strawberi cicah coklat..aku nak feeling Siti Nurhaliza gak.jatuh cinta dengan Datuk K sebab strawberi cicah coklat.malangnya..takde pon Datuk A sampai Z nak sedekahkan aku strawberi cicah coklat.sadisss.beli sendiri lerr

 yummy!

 semangat mak aku pilih sayur nak buat tomyam..mak aku bawak rice cooker tau..

on the way nak melepak kat pusat jualan peladang nampak pesanan penaja nih.apa macam? ada berani nak buang sampah?

 lepak kat pusat jualan peladang sambil makan aiskrim strawberi..rm2.00

 sejuk-sejuk pon ada selera lagi nak makan aiskrim..

 hover!

tomyam yang mak aku masak secara haram dalam bilik hotel.hehe.secara haram yer..bukan tomyam haram tahu! tangan mak aku yang gebu pon terpaksa publish..^__^


bersambung.....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...