17 September 2024

jalan-jalan Pulau Langkawi

assalamualaikum..

bertemu lagi dalam entry baru. korang mesti busy kan cuti sekolah ni kesana sini? aku belum start lagi. suami kerja.. insyaAllah sebelum naik sekolah, kita pegi check in dekat-dekat sini ja. sebab ada ibu & ayah yang kurang sihat, percutian jauh masih belum lulus. huhu.

jadi oleh kerana duduk rumah dan ada masa lapang, kita update la cerita-cerita tertunda sebelum ni. aku ni pon lama jugak cutinya. menyambung minggu lepas naura kena demam influenza. suami cakap "best la mama cuti lama.." best.. tapi boring. haha. dok rumah ja kan. balik-balik itu jala hidupnya. aku memang tak boleh kot eh jadi surirumah sepenuh masa. aku stress repeat benda sama dok dalam rumah ja. kalau boleh keluar-keluar, ok sikit kot. sebab aku ni bukan jenis campur sangat dengan jiran-jiran. dengan kak lia jala aku ramah sebab kak lia jaga anak aku. cuba kalau dia tak jaga, confirm senyum-senyum depan pagar ja. sejenis perangai dok kondo tak campur orang tapi nak rumah atas tanah sebab penat rumah tinggi nak angkut barang, tunggu lift bagai. kuban-kuban sungguh perangai.. hahaha

ok la.. sambung cerita pegi jalan Langkawi hujung tahun lepas. Trip Langkawi ni sekali dengan Perlis, nak baca percutian Perlis, tekan link bawah ni :

jalan-jalan Perlis Indera Kayangan


PULAU LANGKAWI

kitaorang masuk Pulau Langkawi naik feri. ada yang tanya kenapa tak naik flight? saja.. nak bagi naura naik feri pulak. flight dia penah naik dah. padahal budak ni sama ja naik apa pon. main dengan letih, tidoq ja dia..

harga tiket jangan tanya eh.. dah lupa. aku pon malas dah nak search. tapi tiket beli online ja. ada apps dia. cuti-cuti langkawi tak silap. cuti sekolah, banyak yang sold out. ni kami dapat feri pukul 3. petang dah masuk Langkawi pon. huhu

feri lama. tak rasa econ. panas yang amat.. huhu. mujur dak naura jenis tak meragam. dia tidoq ja walaupon kepala basah.. huhu

tabah melayari laut selama sejam lebih. kerusi sempit jadi beg semua tinggal kat luar. kecuali beg barang berharga. 

view keseluruhan.. bertabah saja walau peluh bercerau. haha. sampai ja dekat jeti Langkawi, kereta sewa dah menunggu. pastu kami terus booking dengan dia untuk naik jetski & cable car. sebab kalau terlepas slot, jenuh la. kita ni pi bukan lama pon. sat ja.. jadi takleh buang masa.

untuk jetski memang kami terus nak main petang ni sebab esok dah plan aktiviti lain. sebelum gerak pegi homestay, kami singgah Dataran Lang dulu. alang-alang dia sebelah jeti ja..

Dataran Lang

datang Langkawi tapi tak bergambar dengan helang ni kira tak sah kan? kena bergambar baru sah. haha



langit dah tunjuk tanda-tanda dah sebenarnya.. gelap semacam. huhu. otw nak ke homestay hujan lebat. homestay kami dekat dengan Pantai Cenang. perjalanan daripada jeti nak ke homestay 30minit juga lebih kurang.

Cik Ein Homestay 

untuk homestay ni kami booking dengan orang yang sama. kami ambik pakej sebenarnya. 3 hari 2 malam, sewa kereta Axia dan roomstay untuk 4orang harga rm499. ok kan? kalau korang berminat boleh cari dekat FB. taip ja nama homestay tu. pastu dia boleh jugak arrange kan aktiviti kita. nak pi pulau ka, naik cable car ka, jetski ka apa semua boleh.. siapkan duit ja. huhu

hujan lebat gila masa kami sampai. nak buka pagar ni lencun dibuatnya..

bilik untuk kami ber5 tidur.. ada 2 katil queen. selesa Alhamdulillah..

kemudahan dalam bilik, standart la. ada TV, peti ais, kettle, iron pon ada. 

toilet luas dan bersih. tekanan air pon laju.

sebabkan hujan lebat, aktiviti jetski tangguh dulu. memula janji pukul 5 nak main. tapi sebab hujan tak dapat la. pastu ingatkan tak jadi dah nak main hari ni,esok pagi ja. tapi tiba-tiba orang tu call pulak bagitau boleh dah kalau nak main. masa tu dah nak pukul 6.30 dah. cakap dengan suami, ok ka kalau main terus? dia kata ok. kalau esok takut kalut. haa.. laju-laju bersiap.

naura dah excited dah nak mandi.. tapi dia mandi pantai ja. kami tak bawak la dia naik jetski. mak pak dia pon baru first time nak try ni. tak tau lagu mana lagi nak jadi.. huhu

Pantai Cenang

 nak pegi Pantai Cenang, orang tu datang tunjuk jalan sebab nak bagi kami cepat sikit. maklum la dah nak maghrib. kang kalau pakai waze, memusing pulak tak jumpa. pastu parking lagi nak cari. ni dia tolong tunjukkan, terus sampai parking.

yang tadi hujan lebat macam ribut, tapi sekelip mata semuanya berhenti dan tenang. padahal orang jetski tu cakap, khemah pon terbang masa angin tadi.

cantik sungguh view masa ni.. matahari terbenam..

tempat parking kereta jauh sikit nak ke tempat jetski tu. jadi diaorang pinjamkan motor dekat kitaorang. bagi cepat sikit.

naura dengan opah dah start mandi dah. naura ni kan 1 jala. dia tak berapa berkenan main dekat laut dan sungai sebab pasir. dia macam geli sikit. kalau dekat pool takyah cakap. 10jam pon takpa rasanya berendam. haha

orang jetski tu cakap kalau naura nak naik pon boleh ja. tapi kita kena pegang dia kuat la. tapi naura sendiri pon tak mau try. dia takut. dia rela lagi mandi tepi pantai ja dengan opah.

mama baba dating atas jetski. best gila.. main atas ombak sambil layan angin laut dengan view matahari terbenam. memang syahdu!


pusing dekat-dekat ja sebab baba gayat. pastu hari pon dah nak malam. kang kalau bawak jauh-jauh risau tak balik pulak. huhu

harga sewa jetski ni dah tak ingat. tapi agak pricey la. setengah jam ratusan tak silap. tapi untuk pengalaman baru, aku rasa takyah berkira. kalau ada duit apa salahnya kan. bukan selalu. dah penat-penat kerja cari duit, kita kena guna jugak untuk diri sendiri. mati tak bawak pon duit tu. gitu! huhu.

settle jetski hari pon dah gelap. pastu ada pertunjukan api dekat tepi pantai. meriah gila!

meriah dia tu buat aku terasa sungguh dialu-alukan sebagai pelancong. haha

oleh sebab dah lapar, kitaorang terus cari kedai makan dekat area sini. banyak kedai-kedai makan. tinggal pilih ja.

pilih makanan goreng-goreng ja.. tu pon takdan nak ambik gambar semua dah melantak. lapar sangat. haha

sempat ambik gambar pizza ja sebab pizza ni datang lepas settle nasi goreng. dah kenyang barulah tenang. haha. pizza ni aku pon dah tak ingat rasa dia camna. mungkin ok ok ja sebab tak ingat kan. benda kita akan ingat kalau dia terpaling sedap atau terpaling tak sedap. huhu

settle makan nampak maskot-maskot ni dok joget buat show. banyak eh bukan seketul dua.. meriah sungguh. ni la pantai yang aku rasa paling meriah sekali pernah aku pergi. yang dok kata Pulau Langkawi nak jadi pulau berhantu tu taktau la mana datang cerita. aku pi sana, semua tempat ramai manusia. hantu pon tak leh nak selit.. bhaha

pakai baju mandi ja kesana sini. haha. mana tau nak jalan terus. ingatkan lepas mandi balik dulu, rupanya ada belaka kat sini. gasak la..

nampak kedai warisan ni, masuk la kejap. buat cuci mata..

ramai orang sukakan shopping perkakas dapur kat sini.. tapi aku tengok-tengok ja.. memang tak da niat pon nak tambah periuk kuali bagai ni. yang dok ada belum reput lagi. pakai selagi boleh..

koleksi pinggan mangkuk pon menarik.. tapi gitulah. tengok saja.. haha. 

kami beli coklat ja.. sebab yala, makanan masuk perut kan.. itu takpa nak beli. hehe

ingat nak beli banyak sikit, tapi rupanya dia kena bayar cash. cash bawak sikit ja sebab ingat tadi nak pi main pantai ja. mana tau nak beli-beli gini. jadi dapat beli sikit-sikit ja malam ni. takpa la konon nanti nak pegi Haji Ismail Group. shopping situlah banyak-banyak.

nak pergi ambik kereta kami ikut jalan bahagian depan. masa datang tadi kami ikut pantai.. balik ikut kedai-kedai. banyak berderet-deret kedai cenderahati. meriah la.. sapa yang stay area sini memang senang. turun hotel terus shopping. nak mandi terus pegi pantai. nak makan pon banyak kedai. tapi parking nampak macam seksa. sebab sesak kan.. kalau dah stay kereta takyah gerak dah kot.. hehe

untuk hari pertama selesai. balik bilik pakat mandi, solat, tidur. 

Nasi Dagang Pak Malau

hari kedua, kami mulakan pagi kami dengan sarapan pagi di kedai Pak Malau. 

segar ja mata tengok padi menghijau pagi-pagi..

kedai Pak Malau ni menghala ke Kota Mahsuri. jadi strategik la. kita nak pi Kota Mahsuri, singgah makan sini dulu.

kedai ni ada vibe klasik. deko guna barang-barang lama, pastu guna tulisan jawi. dengan keliling sawah padi. memang best feeling. ikutkan ada ja pondok yang menghadap sawah padi, tapi matahari dah terik. tak larat nak duduk situ. panas.

servis memang pantas. takda nak menunggu lama. tapi harga agak pricey. tengok dekat board tu ada tulis. paling murah pon rm11. ni namanya terpaling dagang. nasi dagang Terengganu pon lek lek ja.. haha


kuih-kuih pon ada.. 

nasi, kuih, air total dekat rm70 lebih kurang. pengsan mak enon sarapan pagi pon dah nak cecah seratus. patut depa kata pasni hantu ja nak dok sini. semua manusia dah nak kena sembelih. haha. gurau gurau.. aku ok ja. sekali sekala pi jalan kuar duit banyak sikit takpa. memang dah standby dah fizikal mental duit yang akan keluar bagai air terjun tu. dia kalau takda duit, dok senyap-senyap ja kat rumah. makan nasi dengan telur takpa. bila dah keluar, minda kena terbuka. takleh merungut. tu pilihan sendiri. gitu!

close up rupa nasi dagang pak malau. jujur cakap memang sedap. tapi kalau tak mahal lagi rasa sedap. haha

tapi yang paling mahal sebenarnya vibe kedai ni. vibe klasik tu. makan sambil dengar muzik klasik live, depa mainkan dekat kita. terasa macam baru turun ke Tanah Melayu. tadi datang daripada Malaysia. sampai kedai Pak Malau terus rasa tanah melayu. haha hambarrrr..

Kota Mahsuri

Kota Mahsuri ni buka awal tau. jadi elok sangat la kita terus pegi awal pagi. suami aku taknak pergi sebenarnya. dia kata bosan. tapi aku rasa, datang Langkawi selain daripada Dataran Lang, Kota Mahsuri ni wajib masuk. barulah namanya jalan Langkawi. lagipon dah lama tak datangkan.. marilah refresh kan semula memori tu.

aku kan walaupon dah pernah sampai sini dulu dulu, tapi aku tak ingat pon memori masa datang dulu. ada 1 ja yang aku ingat, aku nangis dalam kereta sebab takmau ikut pi makam Mahsuri ni. sebab mak dengan ayah kata pergi kubur, aku takut. haha. aku masa kecik dulu takut bila dengar pasal orang mati, kubur, taktau pasai pa.. sebab aku gambarkan benda-benda seram. dah sekolah menengah baru ok sikit sebab dah matang kan. ko sendiri pon nanti akan mati.. nak takut apa lagi.. huhu


harga tiket dewasa rm15, kanak-kanak rm10. total 5 orang rm70. 

buka daripada pukul 9 pagi sampai 6 petang.. jom masuk!

masuk ja terus diaorang sambut dengan muzik gamelan..

ada juga sudut untuk permainan tradisional.. 

naura boring. biasala bebudak besaq ni.. bukan dia tau apa. kalau bawak pi main seronok la. ni bawak masuk muzium, muzik pon selow melow ja.. pisyang member. haha

ada kedai souviner kat sini.. naura dah start nak ngepaw dah..

suh naura try pakai spek hitam, pastu nak snap gambar. ewah dia posing. kemain swag! tak beli pon. letak balik. mengarut ja. kang pakai seminit dah tak mau pakai dah.

keluar bangunan barulah nampak makam Mahsuri. pastu ada pakcik ni yang tolong ceritakan tentang sejarah Mahsuri. aku dah biasa dengar dekat youtube cerita pakcik ni. memang dia la tukang ceritanya.

memula aku rekod jugak bila pakcik tu bercerita, tapi sebab panjang sangat, stop lah. penuh pulak kang memori phone. haha. sejarah dia memang takla aku nak tulis kat sini. tapi apa yang penting, makam ni dah takda pon mayat Mahsuri kat situ. dah diubah. situ jadi tempat simbolik ja. 

mama belanja naura aiskrim habuan menunggu opah, atuk dan baba yang fokus dengar cerita pakcik tadi.

selesai dengar cerita, kami jalan-jalan dekat kawasan sekitar. ada kedai baju batik..

pastu masuk Kampung Kedah. dalam Kota Mahsuri ni jugak..

sini ada rumah-rumah melayu lama.. rumah kampung dulu-dulu.






dekat sini naura seronok sebab dia tak biasa naik rumah papan.

teringat kampung tok & opah.. tapi kampung aku dulu atas ja kayu, bawah batu. 


baba edit gambar bagi ada vibe zaman sebelum merdeka. ni kalau aku pakai kurung Kedah dengan kain batik ni, mesti orang silap ingat aku keturunan Mahsuri pasai lawa sangat. hahaha.

macam pakai kamera ada kodak. haha. 

anak dara kita kalau posing. memang paling win! hehe

nampak buaian kayu, baba suruh try. tapi naura takmau lama sebab dia gayat. tengok pon tau kalau salah step bulih jatuh. buat ghaso-ghaso bulih la..

muzium Mahsuri. biasa muzium memang tak boleh ambik gambar. jadi depan pintu ja aku snap. keluar dari muzium terus nak gerak pegi cable car..

Kedai Gamat Gemilang

simpang nak keluar daripada Kota Mahsuri ni, kita akan lalu depan kedai gamat. kami terus singgah. sebab dah nampak kan..

beli la serba sikit. dah tua-tua ni memang banyak pakai minyak urut. huhu


settle shopping, sambung perjalanan..

dalam perjalanan nak pegi cable car, suami stop kejap dekat Petronas. tapi view Petronas ni paling epik. macam Pearl Harbor. cantik yang amat..

sebabkan naura tengah tidur dekat riba, suami sorang jala pi ambik gambar. ayah dengan ibu takmau turun sebab panas. aku kalau naura tak duduk atas riba, confirm dah aku ambik gambar. tapi sebab kesian, kang kalau aku angkat dia confirm terbangun. dia dah la letih. memang nak bagi tidur lama sikit sebelum bergasak dekat cable car satgi.

3D Art & Cable Car

matahari dah terik masa ni.. pastu opah nak belikan topi dekat naura sebab kesian naura panas. padahal naura dah bawak dah topi dari rumah. tapi tertinggal kat bilik.

opah belanja naura topi..

mama pon beli jugak. tapi beli sendiri takda orang nak belanja. haha

besar tempatnya.. banyak kedai-kedai. 


pergi claim tiket dekat kaunter. kami dah beli online. jadi takyah beratur nak beli tiket. tapi tang tiket ok lagi. dia azab masa nak naik satgi ni. tengok barisan pon kemahen syeramm

oleh kena waktu tiket kami dibuka pukul 2pm, kami pi jalan dekat muzium 3D dulu. tiket dah sekali dah. dapat masuk 3 tempat ikutkan. tapi kami dapat layan 2 ja. tu pon dah barai. huhu

aku tak kisah sangat dengan 3D ni sebab dah banyak kali masuk. rasa sama ja. lukisan ja lain. dulu masa awal-awal muzium ni wujud, teruja jugak. lama-lama dah boringgg.. haha. tapi sebab takmau buang masa dan manfaatkan setiap sen yang keluar, kita haruslah grab semampunya.

naura budak yang pandai posing. jadi dia suka la tempat macam ni. lukisan banyak, pastu boleh bergambar-gambar..

syeram eh muka mermaid ni.. haha. tapi dia paling suka princess mermaid. dalam banyak-banyak princess yang ada, tak faham camna dia boleh suka mermaid. aku dulu masa kecik paling benci tengok princess mermaid la. tak lawa langsung. baju pon takda.. aku suka princess pakai baju kembang. ada crown. jalan kepit-kepit. barulah princess. haha. pelik-pelik selera budak sekarang.

naura & opah..

naura & atok..



besar sebenarnya tempat ni.. tapi nak melayan semua takdan. kejar masa..


patut naura boleh ja bergayut dekat buluh tu. tapi dia takmau. dia gayat.. jadi, buat gaya sendiri jala.

retiss..

retis lagi.. nak sain? haha

settle 3D art museum. sebenarnya ada banyak lagi gambar, tapi tak larat pulak nak tepek semua. banyak lagi ni nak cerita. haha. lagipon biasalah gambar dengan lukisan-lukisan ni kan.. 3D ni ada 2 tingkat. besar. tapi kami pon takdan habis pusing. nak pi beratur naik cable car..

barisan nak naik cable car memang tak kelakar eh dia punya panjang. huhu. kami suruh ibu ayah naura duduk dulu. biar kami ja beratur.

naura dah mula buat lembik bila lama sangat kena beratur. maka gilir-gilir la dukung dia. kejap baba, kejap mama, kejap opah.. dia bukan nangis-nangis meragam gitu. tapi dia takmau jalan. dia buat lembik macam badan dah takda vitamin gitu. kalau biar mungkin dia baring ja kat lantai. haha. gitu la travel dengan budak kecik. kalau jenis tak larat nak layan, elakkan la bawak pergi tempat crowded. huhu

muka boring.. dok ajak balik. haha. rambut dia tu, main ikat ja. berserabut sangat. nak sikat comey-comey duduk dalam barisan ni payah. kang orang marah pulak barisan dah ke depan kita tak jalan. huhu

dah menghampiri..

berjaya naik cable car.. aku rasa ni kali kedua aku naik. first time masa naik genting. masa first time dulu rasa gayat gila. kali kedua ni ok ja..

lawa kan view? subhanAllah..

tak share dengan orang, ngam ja naik 5 orang. jadi boleh foto foto sampai lebam. 



view bawah..

sampai check point pertama.. kami turun sini pastu tak tau nak buat apa. kami nak pi sky bridge sebenarnya. ni natang apa? wahaha. boleh kot kalau nak pergi naik burung tu, tapi takpa la kot.. nak pi sky bridge.

ambik gambar sekeping dua habuan dah sampai..

daripada sini, kena naik lagi sekali baru sampai atas sana. sudah kena beratur lagi..

tak tau apa yang menarik dekat sini sebab kami tak explore pon. takda masa nak explore pon. masa banyak dok kena beratur. huhu

naik balik cable car untuk ke atas..


barai pon tetap kena mantain kan muka lawa demi gambar. hahaha

sampai ja check point 2, rupanya sky bridge bukan dekat sini. kena turun naik elevator @ jalan kaki ikut trek dia. ya Allah! pengsannn.. nak pergi sky bridge ada bayaran lain. aku dah tak ingat. tapi harga berbeza. kalau jalan kaki bawah daripada rm10. kalau naik elevator puluhan ringgit tak silap aku. 

kami pilih naik elevator sebab tak mungkin la nak berjalan kan. dia macam trek hiking. dengan ibu ayah naura lagi. memang tak la depa nak jalan. beratur pon dah azab. naik naik natang ni pulak beraturrrr lagi.. benda ada seketoi. manusia bertimbun. huhu. boleh naik pulak dalam 12 orang 1 trip. ha ko ghase??

tunggu la jugak walaupon pisyanggg..

sampai jugak akhirnya.. setelah que berkurun lama.. haha

nak sampai atas ni perlukan kesabaran yang tinggi rupanya. bukan kaleng-kaleng..

aku lah salah satu manusia sabar tu.. pasni takmau naik dah. titik! haha

naura kat sini tak gayat pulak. relaks ja lari-lari kat jambatan ni..

cermin kaca..


duduk atas cermin kaca..

gayat tak? biasa ja.. tapi terasa jugak jambatan ni goyang-goyang bila angin.. huhu




macam biasa.. pose trademark 1. hehe





puas dah bergambar tiap sudut, kami pon sambung beratur lagi untuk naik elevator ke check point 2..

nak turun dari check point 2 takyah tunggu. banyak ja cable car. terus boleh naik.. yea!! dekat check point 2 ada apa? taktau.. kami tak jalan tengok pon. haha. aku rasa boleh layan view la kot. ada cafe ka apa boleh lepak-lepak. tah tak tau.. pi la sendiri tengok. aku dah letih. kahkah

petang dah turun ni.. nampak cahaya matahari memancar?


sebelum gerak, nampak kedai ni dok ajak masuk ambik minuman percuma. kita pulak memang dah lapar tak makan tengahhari, cantik sangat la tu.. huhu


kedai coklat.. nampak menarik. tapi takda rasa nak membeli kat sini. huhu. badan dah letih. lapar pulak..

air coklat dia padu. pekat, likat, melekat.. memang sedap!

Hafiz Rojak

Hafiz Rojak ni memang antara list yang nak makan. sebab masa aku search makanan sedap kat Langkawi, Hafiz Rojak dalam senarai. walaupon warung kampung biasa ja, tapi katanya rancangan ' jalan-jalan cari makan' pon penah datang sini. jarang JJCM nak buat riview dekat warung. jadi, kita kena try la.

kedai dia bukak petang. daripada skycab, menghala keluar jalan yang sama. dekat ja.. tepi jalan. jadi memang ngam la untuk kitaorang yang dah lapar sangat ni. takyah pusing-pusing nak cari jalan. harga standart. kategori murah la..

3 mee rebus, 1 laksa, 1 pasembor. mee rebus dengan pasembor sedap. laksa kureng sikit walaupon nampak pekat. tapi rasa dia macam ada yang kurang. sedap lagi laksa dekat Gua Kelam.

cendol dia sedap.. cukup lemak manis semua..

Desa Permata Ikan Bakar

settle makan terus gerak balik bilik. mandi, solat jamak, pastu rehat kejap. plan nak keluar lepas maghrib untuk shopping dekat Haji Ismail Group, tapi pakat letih, tertidur belaka. terlewat sikit keluar. sudahnya sampai HIG kedai dah nak tutup. tapi aku ingat lagi masa kami sampai tu, patutnya ada 20 minit lagi baru tutup, tapi diaorang dah tarik dah pintu kedai. memang tak bagi masuk. huhu. jadi berlalu lah kami dengan hati kecewa. semua kedai kat Langkawi macam tutup awal. belum pukul 10 semua dah tak bagi masuk. jadi, tak jadi la shopping malam tu. pegi pasar malam pon, semua dah berkemas. huhu

terus pegi cari tempat makan.. malam ni makan ikan bakar..

ada 2 kedai berkembar. aku buat carian google dulu kedai makan yang sedap. jadi, google bagitau kat sini. kedai belah sana nampak meriah. tapi dia jenis timbang. yang Desa Permata ni dah letak harga per ekor. jadi tak timbang.


nak jimat kena buat pilihan bijak. dah ada harga ni senang kita nak bajet..


sayur-sayur dia dah ikat siap-siap & letak harga.. senang kan?

dah settle pilih lauk, kita tunggu dia masak..

makan kami malam ni ditaja oleh ibu.. terima kasih ibu..

masakan semua sedap.. tomyam pekat. ikan bakar fresh. dia punya sambal dekat ikan tu sedap gila. memang puas hati makan

aku tambah sate 20 batang untuk naura. sebab naura suka makan sate.. sate dia gemuk-gemuk. tapi rasa dia tak lah sedap mana.. biasa jer nyah!

baba suruh naura bergambar dengan kereta sewa kami.. besar jugak Axia baru ni. ingatkan sempit. rupanya size myvi lebih kurang. bonet pon besar. selesa jugak la untuk kami ber5.

Menara Maha

sebelum balik bilik, kami jalan tengok Menara Maha kejap. nak bergambar..


cantik menara ni.. dia bertukar-tukar lampu.. 

tetiba dah gelap. pukul 12 dia tutup lampu. takda luck sungguh malam ni.. huhu

bergambarla gelap pon. janji ada kenangan.. huhu

itu sahajalah untuk malam terakhir di Langkawi.. esok pagi nak balik dah.. jadi balik bilik, terus rehat tidur.

Jeti Langkawi

kami naik feri pukul 10 pagi. jadi kami gerak keluar dari bilik pukul 7pagi. sebab plan nak sarapan, pastu nak shopping coklat dekat jeti sebelum naik feri.

singgah ja kedai yang nampak tepi jalan.


pakat pekena roti canai..

pulangkan kereta sewa dulu.. parking cantik-cantik..

sampai jeti, tak buang masa. cari terus apa nak beli..

HIG ada kat sini, tapi takda jual coklat.. semua perkakas rumah..

menarik tapi tak beli sebab rasa tak perlu..



cari coklat dekat kedai lain. ada beberapa kedai yang ada jual coklat. sebenarnya tak murah sangat dekat jeti ni. tapi beli jala buat ghaso-ghaso. padahal coklat tu ko beli kat speedmart pon boleh. tapi dia kalut jugak nak beli coklat Langkawi. 

masa untuk pulang.. nak jalan Perlis pulak..

sementara orang naik tu, kami tunggu kat dalam. suh naura posing seketoi dua sebelum naik feri.

feri time balik ni best sikit.. macam feri baru. econ dia sejuk. seat dia luas sikit. 

bye-bye Langkawi.. ada rezeki kami kembali..

overall, best ja percutian Langkawi Perlis ni. tapi dapat rasa perbezaan dekat 2 tempat ni. Langkawi mahal. Perlis murah. Langkawi crowded, Perlis tenang. apa-apa pon tetap la seronok bercuti di negara sendiri. 

ok la. terima kasih sudi baca entry aku yang panjang berjela kali ni.. sampai jumpa lagi.. <3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...